Isnin, 22 Jun 2015

DAP bukan parti cina cauvinis – Khalid Samad

 
Kaji dahulu Perlembagaan parti sebelum membuat tuduhan melulu terhadap DAP.


Khalid Samad,keluar liberal



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dilabel kumpulan radikal atau jebon dalam Pas menyangkal dakwaan DAP sebuah parti cina yang cauvinis.

Katanya, jika DAP sebuah parti cauvinis, sudah tentu mendiang Karpal Singh dan ahli keluarganya tidak menyertai parti itu.

Lebih menarik lagi, katanya, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP termasuk yang terbaru Sasterawan Negara, A Samad Said.

“Kita perlu melihat Perlembagaan DAP sebelum kita membuat tuduhan melulu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.

Khalid yang gagal mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pada pemilihan baru-baru ini berkata, Pas sebenarnya menjurus kepada parti cauvinis kerana mahu mengusir ahlinya yang dilabel sekular.

Katanya, Pas akan menjadi parti cauvinis sekiranya tindak tanduk menyerupai UMNO sama seperti yang berlaku terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mesra UMNO termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Perkasa.

“Saya harap Pas pun tak jadi cauvinis kerana kita lihat ada juga kumpulan Islam yang sudah cauvinis seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Perkasa. Saya lihat Pas sekarang bukan ‘Pas For All’,” katanya lagi.

Khalid berkata, jika dibandingkan Pas, UMNO lebih baik kerana masih berkawan dengan parti bukan Melayu Islam menerusi Barisan Nasional (BN).

Katanya, kepemimpinan baru Pas perlu cermin diri dan terima hakikat itu supaya orang Melayu terus menyokong parti itu.

Tiada ulasan: