Rabu, 17 Jun 2015

Cadangan Kenaikan Tol 2015 Naik : Kerajaan Bakal Bela Syarikat Konsesi Tol Lebuhraya atau Rakyat marhaen?

BERITA SEMASA
 
 

Cadangan Kenaikan Tol 2015 Naik : Kerajaan Bakal Bela Syarikat Konsesi Tol Lebuhraya atau Rakyat marhaen?

Selepas rakyat Malaysia dihempapkan dengan bebanan cukai GST sejak 1 April 2015 dan juga berita kenaikan RON95 yang terkenal dengan kejutan demi kejutan untuk rakyat Malaysia, kedengaran pula satu berita gelombang kenaikan untuk dihidangkan untuk rakyat marhaen iaitu kenaikan tol 2015 naik untuk mereka selepas maklumat cadangan kenaikan tol lebuh raya naik telah tersebar ke luar melibatkan 19 lebuhraya di Malaysia

Walaupun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menegaskan cadangan kenaikan tol 2015 naik ia belum dimuktamadkan, tetapi kegelisahan rakyat Malaysia sudah tidak mampu diselindung lagi.

kenaikan tol 2015

Pastinya semuanya sudah tahu, kita mempunyai perjanjian konsesi yang cukup berat sebelah seperti yang pernah Berita Semasa dedahkan seperti di bawah ini :

BACA SINI : Kenaikan Tol Lebuhraya 2014 Naik Tidak Berlaku. Kerajaan Bayar Pampasan RM400 Juta!

 

Cadangan Kenaikan Tol Naik 2015 : Rakyat Marhaen VS Syarikat Konsesi Tol Lebuhraya?

Ruang dan masa yang ada ini ditambah kuasa yang ada pada kerajaan Malaysia, Berita Semasa berharap kerajaan Malaysia boleh membawa suara rakyat marhaen dan menjadi benteng terakhir kepada syarikat konsesi tol supaya rakyat Malaysia tidak dibebankan dengan berita kenaikan tol naik 2015. Insyaallah.

Inilah waktu yang terbaik untuk kerajaan Malaysia tampil berbincang dengan syarikat konsesi tol supaya ada semakan semula perjanjian konsesi lebuhraya yang cukup berat sebelah apatah lagi melihatkan situasi keuntungan luar biasa syarikat konsesi tol pada ketika ini sesuai dengan slogan yang seringkali dilaungkan Perdana Menteri Malaysia. “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Janganlah dibiarkan ia dijadikan retorik semata-mata.

P/S : Rakyat Malaysia selaku ahli lembaga pengarah syarikat yang bernama Malaysia initerus memandang daripada jauh prestasi kerajaan malaysia pada ketika ini.

PP/S : Pada pandangan anda, lebuh raya mana yang sepatutnya dimansuhkan?


Tiada ulasan: