Khamis, 11 Jun 2015

Aksi terjun atlet Filipina jadi bahan lawak

 
Dua atlet mempamerkan penyudah yang teruk menyebabkan kedua-duanya mendapat markah 0 pada Sukan SEA yang sedang berlangsung di Singapura.

 
aksi

 
PETALING JAYA: Aksi dua atlet terjun dari Filipina di Sukan SEA yang sedang berlangsung di Singapura menjadi bahan lawak di media sosial.

Pahoyo John David dan Fabriga John Elmerson gagal membuat terjunan baik dalam acara tiga meter papan anjal.

Aksi penyudah terjunan dua atlet itu sangat teruk dan menyebabkan kedua-duanya tidak mendapat sebarang mata.

Di akhir rakaman, Pahoya dan Fabriga hanya mampu ketawa mungkin kerana terlalu malu apabila markah mereka diumumkan.

Bagaimanapun, penonton memberi sorakan gemuruh sebagai dorongan kepada dua atlet itu untuk meneruskan persaingan.

Aksi buruk atlet itu menjadi bahan ketawa dan menerima ejekan pengguna laman sosial di negara ini dan negara-negara lain yang turut berkongsi rakaman video itu.

Kebanyakkan komen berpendapat, kedua-duanya belum layak mewakili negara mereka dalam acara itu.
Namun, ada juga yang bersikap positif kerana kesilapan pasti berlaku dalam acara sukan antara bangsa.

Tiada ulasan: