Jumaat, 26 Disember 2014

Polis nafi berlaku serangan gereja


Kenyataan yang disebarkan dalam laman sosial Facebook Kenyataan yang disebarkan dalam laman sosial Facebook
 
 
KUALA LUMPUR - Polis menafikan maklumat yang tersebar di laman sosial Facebook kononnya sebuah gereja di Jalan Raja Laut di sini diserang dan dibakar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi menegaskan ia maklumat palsu dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun laman sosial yang menyebarkannya.

“Tidak benar. Kita akan ambil tindakan ke atas pemilik (akaun) Facebook ini,” katanya.

Pemilik akaun itu yang menggunakan nama ‘Ayahnda Raja Provokasi’ mendakwa insiden itu melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) selain  memuat naik sekeping gambar.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya atau menyebar atau berkongsi maklumat palsu seumpama itu kerana ia tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan kehidupan harian masyarakat,” kata Khalid. -Bernama

Tiada ulasan: