PUTRAJAYA: Pembayaran pencen bagi pesara kerajaan akan dibuat awal
iaitu pada Rabu ini (17 Disember), sempena perayaan Hari Krismas pada 25
Disember.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan pada Isnin
berkata, pesara yang menerima menerima waran pencen bertarikh 18
Disember hingga 31 Disember boleh menunaikan waran mereka mulai 17
Disember.
Bagi penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh menuntut
pembayaran pencen di bank yang terlibat mulai 17 Disember, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan