Rabu, 9 Julai 2014

Zul Noordin: Tangkap pelampau kaum, agama

MALAYSIAKINI



 


Pelbagai pihak sebelum ini tampil dengan tuntutan agar kerajaan agar bertindak ke atas pihak yang menimbulkan kebencian kaum dan agama.

Kali ini, seruan itu datang dari Datuk Zulkifli Noordin, yang sebelum ini sering dituduh melaga-lagakan antara kaum.

Bekas naib presiden PERKASA itu dalam satu tulisan blog menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas Timbalan Ketua Menteri II Pulai Pinang, P Ramasamy.

Ia berhubung kenyataan balas Ramasamy ke atas satu kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung kemungkinan kejadian satu lagi rusuhan kaum.

Ramasamy antara lainnya berkata, DAP tidak gentar dengan kenyataan tersebut walau GERAKAN, MCA dan MIC mungkin sebaliknya.

Mengulas kenyataan itu, Zulkifli mendakwa, kata-kata tersebut mengandungi elemen hasutan yang menurutnya boleh mengancam keselamatan negara.

“Saya mendesak pihak berkuasa terutamanya SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dan Peguam Negara supaya lebih agresif dan tegas dalam... menguatkuasakan undang-undang bagi mengheret para anasir ekstremis, pelampau agama dan perkauman ke muka pengadilan untuk dikenakan hukuman keras jika sabit kesalahan,” katanya.

Sokong Muhyiddin

Beliau juga mengingatkan Ramasamy bahawa tragedi beradar 13 Mei 1969 di antara golongan Melayu dan Cina adalah ekoran dari “politik kaum DAP” dan ekstremis agama.

Dalam tulisan di laman zul4kulim.blogspot.com itu, Zulkifli turut menyatakan sokongan ke atas Muhyiddin.

“Sampai bila umat Melayu-Islam boleh bersabar melihat agama, bangsa, negara dan Raja-Raja dihina, diperlekeh, dibangsatkan dan dimaki hamun sebegitu rupa tanpa sebarang tindakan tegas dan jelas terhadap mereka yang terlibat?

“Saya menyokong penuh peringatan TPM yang khuatir peristiwa berdarah 13 Mei 1969 mungkin berulang melihat kepada tindak tanduk dan gelagat anasir ekstremis dan pelampau agama dan perkauman akhir-akhir ini,” katanya.

Dakwamya, tindakan provokatif oleh golongan cauvinis dan pelambau agama itu menyebababkan timbul perasaan tidak puas hati di kalangan golonga Melayu dan Islam.

“Setakat ini anasir cauvinis ini bernasib baik kerana umat Melayu-Islam masih lagi bersabar dan bertolak ansur sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan keamanan dan perpaduan.”

Tiada ulasan: