Khamis, 3 Julai 2014

Demo pro-Redzuan di UM esok

MALAYSIAKINI


 


Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dengan kerjasama kumpulan pelajar lain akan mengadakan protes membantah dakwaan kehilangan hak kebebasan akademik di universiti itu.

Presidennya Fahmi Zainol berkata, ia turut didorong isu campur tangan kerajaan sehingga membawa kepada peletakan jawatan pengasas dan pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Datuk Dr Redzuan Othman.

"Hak kami sebagai mahasiswa terus dirampas.

"Universiti Malaya (UM) sendiri tidak realisasikan nilai utama universiti ini iaitu kebebasan akademik," kata beliau kepada Malaysiakini hari ini.

Justeru Fahmi berkata pelajar UM akan bersolidariti selepas sembahyang Jumaat esok di pintu utama UM arah Kuala Lumpur.

Mereka kemudiannya akan berarak ke bangunan Canselori UM sambil bersorak slogan menuntut kebebasan akademik.

"Protes luahan perasaan ini perlu, jika tiada membantah, adik-adik kami akan menjadi mangsa di masa hadapan," kata beliau.

Redzuan meletakkan jawatam sebagai pengarah Umcedel selepas dikatakan ditekan oleh pegawai dari Kementerian Pendidikan.

Umcedel sebelum ini mengeluarkan beberapa laporan yang tidak menyebelahi BN dan pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Bagaimanapun dakwaan campur tangan itu dinafikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Datuk Zaini Ujang.

Tiada ulasan: