Sabtu, 5 Julai 2014

Asyik-asyik ugutan 13 Mei

OLEH ZULKIFLI YAHAYA


“DAN Islam mengajar kami adalah diperbolehkan untuk menentang kafir harbi dan kaum munafik ini dengan apa sahaja cara yang bersesuaian dan dibenarkan Islam dan undang-undang negara ini!” ugut bekas Timbalan Presiden Perkasa, Zulkifli Nordin kepada para pemuka Kristian yang beriya-iya mahu menggunakan kalimah Allah.

Agaknya dengan ugutan tersebut terketar-ketarlah pihak berkenaan lantaran ketakutan yang teramat sangat kepada seorang yang dianggap tokoh rasis Melayu itu.

“Kamu hanya sekadar mengundang supaya peristiwa 13 Mei!” katanya. Menulis artikel berjudul “13-Mei 2.0?” dalam blognya, beliau berkata umat Islam diajar bersabar dan bertolak ansur, tetapi hanya kepada mereka yang bertamadun dan mempunyai sikap hormat-menghormati.

“Kalau ini bukan kurang ajar dan biadab, saya tidak tahu nak bagi label apalagi kepada pera ngai pelampau keagamaan dan extremis liberalis ini,” ujar seorang pemimpin yang sinonim dengan kenyataan provokosi rasis terhadap pihak lain. Macam kuali dak wa belanga hitam.

Jika ucapan seumpama ini diucapkan oleh DAP yang ditujukan terhadap puak rasis Melayu, maka masa yang diperlukan tidaklah terlalu lama untuk tokoh tersebut diheret ke mahkamah.

Di Malaysia, seorang menteri yang menjaga polis boleh mengeluarkan kenyataan mempertahankan perbuatan jenayah tanpa sebarang tindakan.

Umat Islam di Malaysia dianggap paling “beruntung” dalam dunia ini kerana terdapat sekumpulan pejuang yang ingin mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan oleh orang kafir sekalipun terpaksa menumpah darah.

Bertuah sungguh rakyat Malaysia kerana di sini ada Umno, Perkasa, Jati, Isma dan rakanrakan seperjuangannya. Di negara lain yang tiada Umno, kalimah Allah bebas digunakan oleh puak Kristian. Perjuangan unggul ini hanya berlaku di Malaysia. Mesir yang mempunyai penduduk Muslim lebih 80 juta dan ratusan ribu ulama juga nampaknya tidak se hebat barisan ulama yang terdapat di Malaysia dalam isu kalimah Allah.

Saya tidak berminat lagi untuk mengulas kontroversi penggunaan kalimah Allah, kerana apa saja hujah yang dikemukakan tidak mampu untuk mengubah pendirian kumpulan ekstremis yang beranggapan bahawa; tuntutan penggunaan kalimah Allah adalah keutamaan dalam perjuangan Islam ala Melayu mereka. Biarkan mereka dengan keper cayaan mereka.

Di saat umat Islam dihina kerana bergantung harap kepada pihak lain sebagai pembekal utama makanan, sehingga perut umat Islam dipenuhi DNA babi, mereka tidak sangat peduli berjuang untuk membangunkan umat Islam. Tetapi keutamaan mereka ialah memupuk kebencian terhadap pihak yang berlainan agama.

Saya tertarik dengan tulisan Dr Ridhuan Tee dalam Sinar Harian baru-baru ini yang memperincikan kelemahan orang Melayu Islam di negara ini dalam segala bidang. Melayu di Malaysia ke tinggalan dalam serba serbi perkara.

Cuma kegagalannya ialah untuk menjumpai bahawa punca terhadap segala kegagalan tersebut adalah kerana Umno sebuah parti Melayu Islam yang mendominasi kerajaan Malaysia lebih separuh abad gagal membangunkan orang Melayu.

Melayu hanya ditarbiyah menjadi masyarakat subsidi yang tiada daya juang, bergantung harap sepenuhnya kepada kerajaan dan mengutamakan isu-isu yang tidak sepatutnya menjadi keutamaan, sehingga sanggup mati kerana isu tersebut.

Apa yang dilakukan oleh para pemuka rasis Melayu itu hakikatnya adalah jalan dekat untuk mengekalkan soko ngan Melayu terhadap kerajaan Umno- BN di mana semangat songsangnya boleh dipupuk dan dibajai dengan isu rasis dan sentimen keagamaan yang sempit.

Umno menyedari hakikat bahawa hanya dengan “memperbodohkan” orang Melayu maka mereka boleh terus berkuasa.

Laluan BN mengekalkan Putrajaya masih lagi melalui jalan kampung dan desa serta kebunkebun getah dan estet kelapa sawit.

Ia berbeza dengan laluan Pakatan ke Putrajaya, yang melalui lebuh raya yang sifatnya urban dan moden. Malangnya laluan tersebut pendek dan terhad berban ding jalan kampung. Umno- BN memenangi 121 dari 158 kerusi luar bandar dalam PRU13 iaitu kira-kira 76 peratus.

Meskipun hanya 30 peratus atau kurang dari sepertiga yang tinggal di kawasan bukan bandar, kerusi Parlimen mereka lebih 70 peratus. Itulah “bijaknya” permainan politik Umno-BN.

Di Malaysia, parti yang berkuasa adalah BN. Parti yang dominan dalam BN ialah Umno.

Se bab itu Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu memilih untuk sertai Umno bukannya MIC, walaupun beliau berhak sertai MIC kerana bapanya berketurunan India. Begitu juga ramai tokoh kacukan India-Melayu, memilih sertai Umno.

Dalam Umno pula, tokoh yang dominan adalah yang dilihat paling lantang perjuang isu rasis Melayu. Sebab itulah masing-masing mereka beriya-iya tonjolkan diri sebagai hero Melayu yang rasis demi mendapat tempat dalam parti dan kerajaan.

Dan “trigger words” yang tidak pernah lekang dari pemuka rasis Melayu ini ialah ugutan 13 Mei. Asyik-asyik 13 Mei untuk takutkan bukan Melayu.

Tiada ulasan: