Jumaat, 14 Februari 2014

Tangki air Syabas runtuh

ANTARAPOS.COM
Post Pic



KUALA LUMPUR: Kawasan bukit yang menempatkan tangki air milik SYABAS runtuh dalam kejadian di Jalan Laksamana, Taman Salak Selatan, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 malam itu, runtuhan tanah itu dipercayai berlaku berpunca daripada sebatang paip utama yang bocor.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi, Suhaimi Mahmod berkata, runtuhan tersebut telah menutupi laluan utama di belakang sebuah rumah berdekatan.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.20 malam sebelum jentera bersama lapan pegawai dan anggota tiba 15 minit kemudian.

“Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan akibat runtuhan tersebut," katanya dipetik Utusan Online.

Tiada ulasan: