Ahad, 2 Februari 2014

SAMM sedia anjur debat Khalid Samad – Noh Omar

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersedia mempertemukan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar dalam satu gelanggang debat yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah.

Debat yang dicadangkan pada 10 Febuari itu diadakan bagi menyambut gesaan Khalid agar debat penggunaan kalimah Allah itu diteruskan dan mengubati kekecewaan Noh apabila Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Perundangan’ dibatalkan pada saat akhir.

debatPengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, selain itu SAMM juga percaya bahawa rakyat juga ingin melihat siapa yang bakal ‘disekolahkan’ dalam perdebatan yang masih belum ditentukan lokasinya itu.

“Drama yang ditonjolkan oleh Noh Omar yang hadir ke venue debat di auditorium Karangkraf walaupun berita pembatalan telah dimaklum secara meluas, membuktikan betapa seriusnya hasrat Noh untuk ‘bertemu’ Khalid Samad.

SAMM dengan ini sedia untuk merealisasikan hasrat tersebut dan percaya rakyat juga ingin melihat siapa yang bakal ‘disekolahkan’.

samm“SAMM juga berpendapat debat antara Khalid dan Noh ini harus menjadi cetusan awal memecahkan ‘taboo’ pemikiran rakyat seandainya pihak yang lebih afdal membicarakan soal ini secara terbuka masih belum bersedia,” kata Edy menerusi satu kenyataan medianya hari ini.

Justeru itu menurut beliau, SAMM mengambil tanggungjawab ini bagi menyediakan platform terbaik buat kedua-dua seteru politik ini saling berhujah.

“SAMM percaya Khalid Samad punya hujah untuk dipertahankan dan Noh Omar juga tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi ‘guru’ dan sudah sampai masanya rakyat dimatangkan pemikiran dengan hujah yang bernas.

“Ia bukan dengan cara menunjukkan kekuatan fizikal dan memomokkan orang lain. Ini zaman pakai otak, bukan pakai otot,” kata beliau lagi.
EZY

Tiada ulasan: