RAKYATNEWS
KANGAR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan
peruntukan sebanyak RM122 juta kepada Perlis untuk menganjurkan temasya
Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17 pada Mei ini.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM76 juta adalah untuk pembangunan prasarana termasuk menaik taraf kemudahan venue pertandingan dan RM46 juta bagi mengurus temasya sukan tersebut.
"Setiap kontraktor yang terlibat mengendalikan projek pembinaan atau menaik taraf venue pertandingan diberi tempoh selewat-lewatnya awal April ini untuk menyiapkan kerja masing-masing.
"Hasil pemeriksaan di Kompleks Sukan Negeri di sini, yang menjadikan venue bagi 11 daripada 24 acara sukan, mendapati kerja-kerja menyiapkan kolam renang dan dewan badminton agak membimbangkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja membina dan menaik taraf venue-venue di kompleks tersebut di sini semalam.
Sebelum itu, beliau diberi taklimat mengenai tahap persediaan tuan rumah menganjurkan temasya itu oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Sekretariat SUKMA Perlis, Saiful Rizal Mohd Shukri.
Berikutan kekangan masa untuk menyiapkan kerja-kerja menaik taraf kolam renang di kompleks tersebut, Khairy tidak menolak kemungkinan acara akuatik dianjurkan di Kedah.
"Pembinaan dewan badminton tidak begitu rumit untuk disiapkan kerana ia merupakan pembinaan dewan biasa tetapi venue kolam renang mungkin tidak dapat memenuhi sasaran masa untuk disiapkan," katanya.
Katanya, keputusan muktamad mengenai kemampuan Perlis menyiapkan venue itu juga perlu diketahui segera kerana jika terpaksa diadakan di Kedah, kerja-kerja menyempurnakan kolam renang di negeri tersebut juga perlu dilakukan.
SUKMA Perlis 2014 dari 24 Mei hingga 4 Jun ini menawarkan 356 pingat emas dalam 24 acara sukan dipertandingkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan