SHAH ALAM- "Gerakan kempen paling lambat dalam sejarah, sehingga saat ini, bahang kempen MCA belum dirasai", demikian menurut bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Menurutnya, sepanjang episod penglibatannya dalam sejarah menghadapi PRK sebelum ini, PRK Dun Kajang pada pengamatannya menyaksikan MCA benar-benar lambat dalam memalu gendang perang terhadap calon lawan.
"Dalam sejarah PRK yang pernah saya alami sebelum ini, PRK Dun Kajanglah yang menyaksikan ketidaksediaan MCA dalam memenangi kerusi tersebut.
"...bagi saya PRK Dun Kajanglah paling lambat dirasai...sebab dari segi kesediaannya kita belum nampak lagi, kalau kita lihat 'pihak sebelah sana' (Anwar) mereka bukan main lagi," katanya yang juga bekas Menteri Pengangkutan.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tee Keat berpandangan, perkara itu berlaku berkemungkinan dek kerana sikap pemimpin tertinggi MCA sekarang yang dilihat lebih sibuk untuk "membuat keputusan baru bagi menyertai Kabinet".
"Saya rasa mereka ini terlalu ghairah untuk merebut tawaran baru yang mungkin akan ditawarkan oleh PM bagi menyertai Kabinet sehingga mereka terlupa Dun Kajang kerusi MCA," ujarnya lagi.
BN sebelum ini memutuskan MCA untuk menewaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK Dun Kajang, Mac depan.
Walaupun tempoh kempen belum bermula, Anwar kini dilihat giat berkempen bagi memastikan kemenangannya di kerusi yang disifatkan sebagai platform untuk merungkai konflik politik di Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan