Ahad, 2 Februari 2014

Exco Sukan: Jangan dilibatkan Chong Wei dengan politik kotor BN

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Exco Belia dan Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi bersetuju dengan pendirian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang enggan membenarkan jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dr Ahmad Yunus berkata, tindakkan mencalonkan Chong Wei dalam politik bukan sahaja dilihat sebagai memperalatkan tokoh badminton itu, malah turut merugikan sukan badminton negara.

LEE CHONG WEI (1)

“Saya setuju dengan kenyataan YB Khairi bahawa kepakaran Chong Wei bukanlah politik tetapi sukan badminton. Dia wajar meneruskan kariernya sebagai pemain badminton nombor satu negara sekaligus membantu memajukan lagi badminton di negara ini.

“BN tidak wajar menggunakan Chong Wei yang kita anggap sebagai aset negara untuk kepentingan politik semata-mata. Lagipun politik bukanlah bidang dia di mana keadaan ini akan merugikan masyarakat Kajang juga,” kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Dr yunus pic mza1Katanya lagi, reputasi Chong Wei sebagai jaguh badminton negara dan dianggap ikon bagi golongan beliau negara ini akan tercalar sekiranya beliau terlibat dalam politik kotor BN.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA tidak menolak kemungkinan mencalonkan Chong Wei sebagai calon BN dalam PRK Kajang berikutan populariti Chong Wei sebagai jaguh nombor satu negara.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang spekulasi beliau dipilih sebagai calon PRK Kajang, menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Chong Wei, beliau tidak pernah dimaklumkan cadangan memilih beliau sebagai calon BN dalam PRK kecil itu.

Sementara itu, Khairi pula menerusi laman sosial mikro Twitternya menulis, Lee “harta” negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan pilihan raya kecil Kajang.EZY

Tiada ulasan: