Sabtu, 13 Oktober 2012

TNC Unisel saman akhbar Sinar Harian

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan Universiti Selangor (Unisel) Prof Ir Dr Mohamed Daud telah memfailkan saman fitnah terhadap akhbar Sinar Harian dan seorang bekas kakitangannya Halid Hasbullah.

Ianya berikutan satu kenyataan dalam artikel yang disiar akhbar berbahasa Melayu itu pada 5 Julai 2012 yang bertajuk “Terpalit imej negatif”.

Artikel itu telah memetik sumber Halid sebagai bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel.

Kenyataan yang dipetik akhbar itu antara lain berbunyi :

“Bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel, Halid Hasbullah berkata, kes rogol yang mengaitkan seorang TNC juga menyebabkan ibu bapa berasa gusar untuk menghantar anak mereka belajar di Unisel.

“Unisel pernah mencatat jumlah pelajar melebihi 10,000 orang namun angka tersebut semakin merosot selepas 2008. Pada tahun 2007, jumlah kemasukan pelajar ke Unisel adalah lebih kurang 6,800 pelajar,” katanya."

Dalam satu kenyataan hari ini, Noorazmir Zakaria selaku peguam yang mewakili Mohamed, berkata anak guamnya itu berpendirian bahawa kenyataan tersebut adalah fitnah terhadapnya.

Lima pihak lagi yang turut dinamakan sebagai difenden adalah wartawan yang menulis bertia tersebut Nurul Fatihah Muah, Ketua Pengarang Norden Mohamed, penerbit Sinar Karangkraf Sdn Bhd, serta syariakt percetakan Ultimate Print Sdn Bhd.

Sehubungan itu, saman itu turut menuntut gantirugi am termasuk gantirugi teladan dan gantirugi teruk berjumlah RM240,000 daripada defendan.

Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menetapkan tarikh 5 Disember 2012 sebagai tarikh sebutan untuk kes tersebut.

Tiada ulasan: