Isnin, 22 Oktober 2012

Tengkorak muzium disimpan dalam tong




 
Tengkorak manusia disimpan dalam tong di stor arkeologi Jabatan Muzium Sarawak, seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Audit itu mendapati walaupun RM328,098 dibelanja untuk membangunkan sistem katalog koleksi barang antik kerajaan negeri, tiada satu pun peninggalan arkeologi, termasuk tengkorak manusia dikatalogkan.

NONESistem itu bertujuan untuk mengurus serta mengawal maklumat dan mengesan koleksi muzium.

"Pihak jabatan menganggarkan terdapat sejumlah 150,000 koleksi.

"Bagaimanapun disebabkan rekod pendaftaran tidak diselenggara, jumlah sebenar koleksi tidak dapat ditentukan," laporan itu dipetik.

Bahan-bahan arkib juga mengalami nasib yang sama, sementara hanya 87 daripada 140,420 peninggalan zoologikal dan 15,603 daripada 26,700 peninggalan etnologikal dikatalogkan ke dalam sistem itu.

Penyimpanan tidak teratur itu dijadikan alasan kepada sistem katalog yang tidak sempurna, walaupun kos menyelenggara sistem katalog itu adalah RM30,000 setahun.

Tiada ulasan: