Rabu, 17 Oktober 2012

Teka-Teki Isu Semasa di Berita Semasa. Benarkah Beliau Rakyat Malaysia?

Staff Berita Semasa
Rakyat Sabah Teka Teki Isu Semasa di Berita Semasa. Benarkah Beliau Rakyat Malaysia?

Untuk berita kali ini, kami lebih mahukan maklum balas daripada anda semua berdasarkan beberapa persoalan di dalam ini. Ini semua dek kerana gambar di atas ini yang sudah pun menjadi “sebahagian” daripada keluarga besar rakyat Malaysia kita semua. Sebelum ini…..

Kami pernah mengeluarkan laporan berita yang bertajuk “888,779 Pendatang Tanpa Izin @ Sah di Sabah Tak Gugat Keselamatan Pun. Ini Jawapan Menteri!“. Mungkin selepas ini, angka tersebut terus angka bertamba? Mungkin?

Berbalik kepada gambar di atas ini :
  • Ramai pula anak yang dia daftar?
  • Saddam Hussin nama anaknya? Erm….
  • Semporna? Sabahan rupanya. Erm…
  • Apabila melihat pada borang pendaftaran, pusat pendaftaran hanya diadakan di Dewan Inabah. Buat di dewan sahaja? Hebat…..
  • Akhir sekali ada muka rakyat Malaysiakah? Sibuk nak mohon surat beranak lewat? Berapa tahun lewat? Dah tua bangka baru nak mohon? Ya…hanya di Malaysia
  • Lagi?
Hari ini, kita selalu terdengar cakap-cakap yang mengutuk bangsa Cina, Bangsa India. Sikit, sikit ada yang mahu menghalau mereka supaya balik semula ke India dan China. Tetapi kita lupa & tanpa kita sedar, pendatang asing semakin berkuasa sekarang ini…Jangan sampai terdesak untuk mencapai “sesuatu”, sehingga sanggup menggadaikan negara ini kepada warga asing. Jangan selepas 10 tahun akan datang, barulah kita semua mahu menyesal. Pada masa itu, sudah tidak berguna…

P/S : Tahniah kepada Mohammad Bin Nor Mohd. Kamu tahukah Mohammad, ada rakyat Malaysia yang sehingga hari ini masih lagi tidak mendapat kad pengenalan? Ya…..kamu sememangnya “beruntung sangat”.

PP/S : Rakan-rakan pembaca Berita Semasa, cuba amati semula gambar di atas, apa yang boleh anda lontarkan & katakan di sini?

Tiada ulasan: