Jumaat, 5 Oktober 2012

TanyaNajib : Dipuji & Dikritik di Twitter & Youtube. Apakah Pula Soalan Anda Kepada Datuk Najib?




Sebelum ini bagi komuniti di Internet contohnya, kita boleh perhatikan program #TanyaNajib telah dipromosikan cukup meluas, ada iklannya di mana sahaja termasuklah menggunakan saluran pengiklanan besar seperti Google Adsense dan pengiklanan di Youtube termasuklah promosi secara berterusan di media arus perdana. Akhirnya pada hari yang dinantikan….

 Dalam keadaan kami menonton yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube.di Youtube, secara tiba-tiba video #TanyaNajib telah diletakkan pada status “private”.
Kami tidak pasti, adakah yang datang menonton video tersebut semata-mata mahu menekan butang “dislikes” atau mahu menonton sebenarnya. Yang mana satu?

Video Penuh TanyaNajib di Youtube

Walaubagaimanapun video penuh bagi rakaman semasa sesi TanyaNajib telah pun dimuat naik semula di Youtube yang boleh anda tonton di bawah ini

Sumber : Saluran "Njoi" di Youtube

TanyaNajib : Reaksi Rakyat Malaysia di Twitter

Kami sempat memerhatikan satu persatu tweet yang dihantar. Kami sempat merakam beberapa tweet, ada soalan yang serius tetapi sebenarnya banyak juga yang terkeluar daripada topik asal mengenai Bajet 2013. Terlalu banyak tweet yang dihantar. Beribu jugalah…..antaranya ialah :


Jikalau anda diberikan ruang dan peluang, apakah soalan-soalan yang bakal anda kemukakan kepada Datuk Seri Najib Razak. Tidak kira sebarang is dan topik, kongsikan soalan-soalan tersebut di sini….

P/S : Kami suka untuk membaca pendapat, luahan dan persoalan anda di sini…

Tiada ulasan: