Rabu, 3 Oktober 2012

'Syarikat berkaitan Umno juga disiasat jika ada aduan'

 
Zulaikha Zulkifli


 
Bukan hanya syarikat Suaram, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan turut menyiasat syarikat yang dikaitkan dengan Umno sekiranya mendapat aduan.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya "baru tahu" mengenai dakwaan terhadap National Aerospace and Defence Industries (Nadi) dan YGP Holdings yang ditimbulkan DAP semalam.

NONE"Kita baru tahu dan kita akan siasat. Kita akan siasat jika menerima aduan.

"Kita tak pilih sesiapa (untuk jalankan siasatan)," katanya pada sidang media selepas menyerahkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) di Petaling Jaya hari ini.

Beliau mengulas dakwaan anggota Parlimen DAP Tony Pua bahawa NADI - rakan kongsi syarikat penerbangan tambang murah terbaru, Malindo Airways - tidak memfailkan akaun yang diaudit sejak 2007.

Pua mendakwa syarikat YGP Holdings Sdn Bhd juga tidak memfailkan akaun audit sejak 31 Disember 2006.

Beliau mendakwa anggota Parlimen BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Abdul Rahman Dahlan pengarah syarikat itu, manakala Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pemegang sahamnya.

Sementara itu, Ismail turut mengulas mengenai siasatan ke atas entiti perniagaan Suaram, Suara Inisiatif Sdn Bhd yang didakwanya tiada kaitan dengan NGO tersebut.

'Apa istimewanya Suaram?
Katanya, agensi bawah kementeriannya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat yang berdaftar bawah pendaftar pertubuhan syarikat (ROS).

Tegasnya, tiada syarikat yang mendapat pengecualian daripada disiasat sekiranya pihaknya mendapat aduan.

azlan"Saya tak nak orang anggap tindakan pada Suara Inisiatif ini ada kaitan dengan Suaram. Kita bertindak sebab ada aduan.

"Apa istimewanya Suara Inisiatif ini sehingga tiada siapa boleh sentuh dia? Kalau kita tak siasat bila ada aduan, orang akan kata kita pilih kasih," kata Ismail lagi.

Menurut Ismail, bawah kementeriannya, purata sebanyak 200 buah syarikat setahun disiasat dan diambil tindakan.

"Kalau saya ambil tindakan dekat 200 syarikat dan dekat dia tak ambil tindakan, itu orang akan kata pilih kasih.

"Ini negara kita. Kerajaan ada hak untuk memelihara negara," katanya lagi.

Tiada ulasan: