Ahad, 7 Oktober 2012

SSM, polis kendali kes Suaram

Wartawan Sinar Harian

SPRM sedang teliti isu surat sokongan Faekah
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul 
 
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengendalikan kes siasatan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, kes itu disiasat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jumaat lalu, media melaporkan kenyataan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suaram untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.

Kelmarin, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menerusi Presidennya Datuk Omar Osman, turut menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut dan menegaskan sekiranya benar, hukuman setimpal perlu dikenakan kerana melakukan kesalahan berat.

Bagaimanapun, Suaram menafikan semua tuduhan itu dan menuntut JMM menyertakan bukti terhadap semua tuduhan terbabit selain mendesak JMM supaya memohon maaf dan menarik balik semua dakwaan berkenaan.

Tiada ulasan: