Isnin, 22 Oktober 2012

Ronnie Liu, Khir Toyo selesai kes fitnah

Bernama


 
Exco Kerajaan Negeri Selangor Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan esok untuk merekod terma penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Ronnie Liu memberitahu pemberita mengenai perkara itu selepas pihak-pihak berkenaan menemui hakim di dalam kamar.

Pada 6 Okt 2008, Liu menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran.

Liu mendakwa Dr Mohamad Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina pada 9 Mei 2008.- Bernama

Tiada ulasan: