Isnin, 8 Oktober 2012

Pukul wartawan: Saksi polis janji kawad cam kedua



 
Seorang saksi polis memberi jaminan kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk melakukan kawad cam sekali lagi bagi mengenalpasti anggota pasukan itu yang bertanggungjawab memukul seorang wartawan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 April lalu.

ASP Kamarul Rizal Jenal ketika ditanya dalam inkuiri itu yakin "boleh" mengumpulkan anggota polis untuk mengecam anggota polis yang memukul Radzi Razak ketika perhimpunan itu.

Pegawai penyiasat kanan yang mengendalikan kes melibatkan wartawan daripada akhbar theSun itu berjanji akan menjalankan kawad cam itu selewat-lewatnya minggu depan.

Beliau diminta berbuat demikian oleh pengerusi panel Datuk Dr Khaw Lake Tee yang memberi alasan, polis mampu menahan suspek dari kalangan peserta perhimpunan hanya dengan berdasarkan siaran gambar

Khaw: Kalau boleh kumpulkan 30 orang (kawat cam sebelum ini), boleh kumpulkan 30 orang lagi?

Kamarul:
Boleh.

Khaw: Kita akan menantikan kawat cam dalam minggu ini atau minggu depan. Boleh lakukan? Ini bukan diluar kebolehan polis kan?

Kamarul: Ya.

Khaw:
Kalau dengan gambar (peserta BERSIH) pun polis boleh tangkap. Kalau boleh lagi 30 untuk kenal pasti lagi.

Kamarul: Ya boleh.

Tiada ulasan: