THE MALAYSIAN INSIDER
BACHOK — Pesawah padi yang tanamannya mengalami
kerosakan, layak memperoleh ganti rugi maksimum sebanyak RM13,000 untuk
kawasan sawah tidak lebih 10 hektar di bawah Skim Perlindungan Takaful
Padi yang diumum dalam Belanjawan 2013 Jumaat lepas.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata dengan adanya skim perlindungan itu, ia akan meringankan beban pesawah dan secara tidak langsung akan dapat menyelesaikan masalah mendapatkan modal pusingan.
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu, berkata petani di kawasan Lembaga Kemajuan Petanian Kemubu (Kada) berpotensi mendapat skim itu kerana tanaman mereka seringkali menghadapi kerosakan seperti serangan tikus dan banjir.
"Selama ini mereka menghadapi masalah besar apabila mengalami kerugian disebabkan tanaman padi rosak," katanya kepada pemberita pada majlis pengagihan zakat kepada 350 petani di Kampung Padang Melintang, Beris Kubur Besar di sini, petang semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi melaksanakan skim itu dengan memberi manfaat kepada 172,000 pesawah. — Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan