Wartawan Buletin
Menurut tokoh korporat muda, Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim, antara risiko membiarkan negara terus dipimpim oleh Umno-BN adalah negara akan jatuh bankrup.
Beliau berkata, ketika bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan antara tahun 1991 hingga 1998, hutang luar negara Malaysia adalah antara RM75 hingga RM80 bilion.
Namun, katanya, bermula dari mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengambil alih pada tahun 1998, hutang luar negara mula meningkat.
Menurutnya, kedudukan kewangan mengara menjadi lebih parah apabila hutang luar meningkat sehingga RM250 bilion pada penghujung pentadbiran negara di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Oleh itu, kata Amzad, nilai matawang Malaysia semakin menyusut dan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan bertambah mahal.
Beliau yang juga bekas Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu kesal dengan kepimpinan Umno Terengganu yang hanya 'jaguh' di negeri sendiri tetapi 'menikus' apabila berhadapan dengan pemimpin Umno di Putrajaya.
Tabiat kerja korporatnya yang sering mengunjungi pelbagai Kementerian kerajaan Pusat menyerlahkan sifat 'penakut' kepimpinan Umno Terengganu.
"saya hairan mengapa pemimpin (Umno dan) Barisan Nasional ini berjiwa sangat rendah 'komang spanar, semasa saya melaksanakan projek besar (korporat) memang saya turun naik pelbagai kementerian,
"pada waktu itu saya selalu berjumpa dengan pemimpin Umno Terengganu yang dikatakan 'bekeng' sangat (tapi) beratur minta projek di pejabat Perdana Menteri, beratur macam budak sekolah melakukan kesalahan mahu menghadap pengetua,"jelasnnya.
Sebaliknya kata beliau, ia berbeza dengan cara pemimpim Umno negeri-negeri Pantai Barat yang berani dan tidak perlu beratur untuk berjumpa dengan perdana Menteri.
Oleh sebab itu, kata beliau, pemimpin negeri lain boleh minta macam-macam projek, namun perkara sebaliknya yang berlaku kepada pemimpin Umno Terengganu.
Amzad berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah Penerangan isu semasa di Kampung Banggol Peradong dekat sini pada Jumaat 12 Oktober.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan