Selasa, 23 Oktober 2012

Pembaca: AES bukan langkah popular, harus dikaji semula

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Penggunaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sekarang disifatkan sebagai langkah yang tidak popular dan dikhuatiri boleh menjejaskan populariti Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Seramai 89 peratus daripada 2,197 pengunjung portal Sinar Harian Online, yang menyertai bancian online, menyifatkan penggunaan AES sebagai langkah tidak popular.

Sehubungan itu, seramai 2,517 menjawab soalan sama ada wajar AES dikaji semula.

Menjawab soalan itu, seramai 86 peratus memilih jawapan "setuju" manakala 14 peratus tidk setuju.

Pengunjung portal ini juga ditanya sama ada AES wajar diberi peluang untuk diuji keberkesanan.

Daripada 2,118 menjawab soalan itu, sermaai 41 peratus berkata "setuju" manakala 59 peratus kata "tidak setuju".

Dalam laporan diberi Sinar Harian sebelum ini,

Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) menggesa kerajaan mengkaji semula penggunaan AES di negara ini.

Pengerusinya, Sa’adan Man berkata, kerajaan harus mengkaji penggunaan AES itu dengan lebih terperinci merangkumi semua aspek, terutama kepada pengguna jalan raya yang menggunakan pelbagai jenis kenderaan bermotor berbeza.

Katanya, PPBSM tidak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi mahu kerajaan mengkaji semula pengguna AES ini kerana ia secara jelas membebankan rakyat.

Berikut beberapa pandangan yang diutarakan oleh pembaca Sinar Harian Online:

Alanzo Shariff: "Point camera AES sekarang macam nak mencari untung kerana seperti di Putrajaya dan Equine - Uniten bukanlah tempat biasa berlaku kemalangan. Tapi seolah-olah dibubuh untuk mencari keuntungan semata kerana had kelajuan 60-70 bagi kawasan tersebut tidak munasabah dan cuba tanya orang ramai... siapa bawak kereta di kawasan tiga laluan dengan 60km."

Syed Hidayat:  "Pergi lawan di mahkamah, ada peluang menang sebab... sebab tiada papan tanda had laju dan operasi had laju dipacak dalm jarak 300m."

Razman Rashid: "Saya cadangkan kerajaan keluarkan kereta Proton berkelajuan maksimum 100km/j saja, dgn ini duit rakyat lagi jimat dr perabis duit buat bayar saman."

Mohamad Takiudin Abd Rahman: "Tambahan lagi kawasan itu kawasan sesak... peluang menyaman dan mendapat untung adalah tinggi.... takkan ini orang tak faham."

Worldkuliah Kuliah: "Keengganan kerajaan memansuhkan AES membuatkan kita terpaksa memansuhkan kerajaan yang sedia ada, insya-ALLAH."

Esa Adam: "Orang dungu aja berfikiran begini."

Hasanul Hamid: "Wajar bagi sistem AES diteruskan. Tetapi lokasi AES perlu dikaji dan diteliti dengan lebih mendalam sebelum diputuskan untuk diletakkan di tempat tersebut. Contohnya, AES tidak wajar diletak di jalan lebuh raya yang lurus, jalan lurus menuruni bukit atau jalan-jalan yang sememangnya tiada bahaya kepada pemandu. Bagi AES di kawasan lampu isyarat, ia sepatutnya diteruskan dah diperluaskan, tetapi tidaklah diperlukan sepanjang 24 jam sehari di kawasan-kawasan yang tidak sibuk. Ada persimpangan berlampu isyarat yang sememangnya lengang pada 3 hingga 4 pagi."

Mohamad Hakimi Azmi: "Saya nak mengemukakan ketidakpuasan hati saya mengenai AES di mana ia dilaksanakan 24 jam. Ini kerana, pada waktu malam, AES menggunakan FLASH dan ini akan menjadi punca berlakunya kemalangan. Saya juga pernah merasakan terutama di lebuh raya. Saya ingin menceritakan situasinya, bayangkan anda sedang memandu walaupun 115 km/j, tiba-tiba anda terkejut dengan lampu 'flash' dari AES, ada kemungkinan kereta yang dipandu akan terbabas? Bagi orang biasa OK, jika orang itu mempunyai penyakit? Bagaimana? Fikirlah!"

Sukri Mohd Salleh: "Sesuai diteruskan tapi harus berada..."

Badaruddin Muhammad: "Kamera AE diletakkan di kawasan 'blackspot' yang berisiko tinggi dan sering berlaku kemalangan. Tidak timbul isu lubuk duit. Sila buang pemikiran negatif dan keterlaluan dari pemikiran saudara. Maknanya kawasan yang ada kamera AES tu memang kawasan berbahaya."

Hamdan Nazam: "Badaruddin anda baca komen saya di atas dan lakukan di negara kita pasti semua selamat duit poket selamat, duit kerajaan selamat dan kemungkinan risiko kemalangan rendah iaitu pemasangan meter kelajuan dihadkan kepada 110km/j sepertimana yang dilakukan ke atas trak tentera."

Rohaifi Azri: "Kerajaan andai serius nak membendung kemalangan, laksanakanlah seperti cadangan saudara Hamdan Nazam. Kalau sekadar kuat kuasa had laju 110km/j tapi pada masa yang sama Proton pun dok keluarkan kereta yang enjinnya bersuntikan turbo, pejadah turbo kalau tidak boleh bawak lebih 110km/j? Kancil pun selamba henjut 120km/j kat lebuh raya."

Halim Samad: "Pemasangan AES kalau di tempat yang sesuai adalah wajar, tetapi kalau ia dipasang di kawasan yang telah ditentukan had laju 60-90km sejam di kawasan jalan dua atai tiga laluan, memang ia bukan satu tindakan holistik untuk mengurangkan kemalangan tetapi semata-mata tindakan holistik nak memerangkap pengguna jalaraya untuk dikenakan saman. Adakalanya had laju yang ditetapkan sudah tidak sesuai lagi, kalau keadaan jalan dua hingga tiga laluan mana ada orang pandu kurang 90km sejam, sekarang zaman dah berubah, mana ada sangat dah pengguna memandu kereta berusia 30-an, semua kereta baru, teknologi enjin pun hebat, setakat 60km sejam tu macam rase kayuh basikal je."

Tiada ulasan: