Selasa, 9 Oktober 2012

Pas: 'Isu Faekah urusan dalaman PKR'

JAMILAH HAMZAH

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar 
 
KUALA LUMPUR - Pas menegaskan tidak akan masuk campur dalam isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor,  Faekah Husin yang didakwa telah mengeruhkan hubungan antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas percaya pada apa jua keputusan PKR demi kebaikan bersama.

Menurutnya, Pas tidak akan mencampuri urusan itu dan membiarkan PKR menyelesaikannya sendiri kerana mereka lebih mengetahui hal sebenar.

"Kita tak campuri urusan parti itu (PKR), kita tak tahu apa hujung pangkal isu itu.

"Itu urusan parti merekalah, biar mereka selesaikan sendiri, saya ada kepercayaan sepenuhnya kepada mereka," katanya.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah mendesak supaya Faekah meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengeruhkan keadaan dalam PR.

Katanya, beliau juga berharap Menteri Besar Selnagor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan sewajarnya keatas setiausaha politiknya yang menimbulkan salah faham apabila mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung kedudukan Khalid.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu tersebut tidak mempunyai kaitan dengan PR.

Tambahnya, isu Faekah juga tidak perlu dibawa sehingga ke peringkat PR kerana isu tersebut adalah isu dalaman PKR.

Tiada ulasan: