TERKINI
KUALA LUMPUR — Presiden parti Gerakan Tan Sri Koh Tsu
Koon mensasarkan untuk memenangi semula kerusi parlimen di Beruas dan
Teluk Intan di Perak, di samping mempertahankan kerusi Simpang Renggam
di Johor.
Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, misi utama Gerakan ialah mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008 dan memenangi seberapa banyak kerusi.
"Pada pilihan raya 2008, Gerakan telah memenangi dua kerusi iaitu Gerik dan Simpang Renggam.
"Bagaimanapun, kita sudah berbincang dengan Umno yang mahu bertanding di Gerik, dan kita cuba mendapatkan kerusi Taiping, di samping Beruas dan Teluk Intan di Perak," kata Koh dalam sidang media selepas tamat mesyuarat agung parti tersebut, hari ini.
Koh berkata, beliau yakin untuk Gerakan menang di Beruas dan Teluk Intan memandangkan pada pilihan raya yang lalu, calon Gerakan tewas dalam jumlah majoriti kurang daripada 1,000 undi.
"Bagaimanapun, ini hanya di peringkat awal, dan seterusnya kita akan membincangkan soal calon dengan parti komponen yang lain nanti," kata Koh lagi.
Koh juga berkata, beliau mahu Gerakan memecahkan angka kosong setelah Gerakan tewas semua calon dalam pilihan raya umum di peringkat negeri Pulau Pinang.
“Di kerusi DUN Pulau Pinang, kita kalah kesemua kerusi, oleh itu kita harap kita dapat pecahkan angka kosong di Pulau Pinang,” katanya.
“Kita menyedari kita dalam keadaan sekarang amat sukar, tetapi saya percaya dengan kerja keras kita boleh mendapatkan lebih banyak undi di Pulau Pinang.”
Beliau juga tidak memberikan sebarang komen apakah beliau akan bertanding pada pilihan raya akan datang.
Sebelum itu dalam ucapan penggulungannya, Koh menyeru kepada ahli Gerakan agar menggunakan “positive politics” yang menolak politik ekstremisme untuk mendapatkan undi pada pilihan raya akan datang.
“Ya, kita juga mahukan perubahan,” katanya. “Tetapi kita mahukan perubahan yang membawa perkara yang lebih baik, bukannya berdasarkan emosi semata-mata.”
Beliau juga menyeru supaya ahli membuat kerja bukan kerana untuk mendapat jawatan atau menjadi calon, tetapi bekerja untuk membantu rakyat.
“Saya mahu melihat pencapaian dahulu sebelum kita berikan jawatan atau menjadi calon,” katanya lagi.
“Kita juga harus bekerja bukan sahaja untuk Parti Gerakan, tetapi membantu Barisan Nasional secara keseluruhannya.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan