Rabu, 3 Oktober 2012

Kerajaan N.Sembilan Beri Tambahan Bonus Sebulan

MSTAR ONLINE
 
SEREMBAN: Penjawat awam Negeri Sembilan akan turut menikmati bayaran tambahan bonus sebulan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Kita harap pemberian bonus ini akan memberikan sedikit kesenangan kepada penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Pemberian bonus itu melibatkan perbelanjaan tambahan RM12 juta, katanya.

Beliau berkata sepertimana langkah kerajaan Pusat, bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, mengumumkan pemberian bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dengan bonus setengah bulan sudah diberikan Ogos lepas sempena Aidilfitri. -BERNAMA

Tiada ulasan: