SHAH ALAM : Kerajaan Negeri akan meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyenaraikan nama pembeli-pembeli rumah PKNS yang dibebani hutang tertunggak bagi menyelamatkan daripada dilelong.
Cadangan itu dibuat ekoran beberapa pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan menggunakan mekanisme yang sedia ada bagi membantu masalah itu.
Katanya, ia termasuk bantuan melalui zakat dan mengenakan bayaran sewa rendah.
“Jika mahu kira dari segi orang yang berhutang, nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sebanyak 78 peratus. Ia melibatkan bilangan yang ramai.
“Kita tidak boleh senang-senang ambil hutang itu tetapi kita ada usaha sendiri untuk meringankan beban mereka,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco.
Justeru, Abdul Khalid berkata, pihaknya perlu menilai beberapa aspek antaranya golongan kurang berkemampuan dan berpenyakit akan layak menerima bantuan melalui zakat dan kadar sewa bulanan yang rendah.
Seramai 350 pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan