Rabu, 3 Oktober 2012

KENAPA KKLW MANGSAKAN RAKYAT MISKIN?

Oleh : MEDIA USNO


LOKALITI.....Pelan Lokaliti sebuah rumah PPRT yang roboh terletak di Pulau Menampilik, 20 kilometer dari Pekan Semporna. Gambar sisipan, Mamat Bin Balhana, Ketua Penaja USNO Senallang.


DILAPORKAN sebuah lagi rumah PPRT yang dibina Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tumbang menyembah laut di Pulau Menampilik, 20 kilometer dari pekan Semporna.

Pulau berkenaan yang terletak dalam DUN Senallang yang diwakili Datuk Nasir Tun Sakaran. Malangnya, mengikut maklumat yang diterima, Nasir tidak kelihatan melawat mangsa kemalangan yang berlaku di tempat permainannya di zaman kanak-kanak kerana keluarganya pernah tinggal di pulau ini.
Sebelum ini pada April 2012, Sabahkini.Net telah melaporkan mengenai masa hadapan penghuni rumah PPRT di ambang maut melalui artikel bertajuk 'PBR Maut Lambang Kejatuhan Shafie?'.

Manakala wakil USNO Sulabayan, Abdul Karim Ahmad telah membuat lawatan ke kawasan berkenaan bagi meninjau peristiwa tersebut dan rakamannya telah diuploadkan ke YOUTUBE.

Selepas peristiwa di Semporna, sebuah lagi rumah PPRT yang dibina KKLW tumbang di Kampung Bokara, Sandakan pada awal bulan September 2012 dan seterusnya tidak sampai sebulan; kejadian rumah PPRT tumbang kembali lagi ke Semporna; iaitu kampung asal mantan Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Askalani Abdul Rahim.

Wakil USNO Dun Senallang, Mamat bin Balhana telah mendapat maklumat telah mengadakan lawatan segera ke kawasan itu bagi mendapatkan gambaran yang lebih dekat; bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

Mamat berjanji akan terus berkhidmat untuk rakyat kawasan itu walaupun USNO belum mendapat kelulusan pendaftarannya; namun tetap akan menurunkan calonnya di Dun Senallang kerana Wakil Rakyat BN gagal menjalankan tugas.

ALI BABA.....Inilah kualiti jambatan kayu yang dibina secara Ali Baba. Mangsanya adalah rakyat jelata yang miskin.

Tiada ulasan: