Sabtu, 20 Oktober 2012

KANTOI! Shalimin Ketua Umno Taiping Rasmi Konsert Ditaja Syarikat ARAK!

JALAN PULANG


Kalau sudah namanya 'syaitan yang dikenali' yang haram pun boleh jadi HALAM!

Begitulah yang dibuktikan oleh Setiausaha Politik, Menteri Besar Haram Perak merangkap Ketua Umno Bahagian Taiping, Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie kununnya tidak berpeluang lagi merasmikan konsert amal tetapi sebenarnya ada dan ditaja pula sebuah syarikat minuman keras terkenal.

Konsert yang akan diadakan di sebuah dewan Cina berhampiran stesen bas di Taiping itu khabarnya akan cuba menarik golongan muda terutamanya kaum Tionghua untuk berhibur sambil beramal di samping diadakan juga cabutan bertuah kepada pengunjung.

Shalimin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan simen didakwa akan merasmikan sendiri konsert tersebut selain diiringi beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) parlimen tersebut.

Menurut sumber, ini sebagai satu strategi terbaru BN cuba untuk menarik pengundi muda Cina supaya memberi sokongan terhadap parti itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Persolannya, beginikah sikap dan akhlak seorang pemimpin beragama Islam yang sudah pun menunaikan haji ke tanah suci sanggup menggadaikan maruah diri dan agama dengan merasmikan majlis yang ditaja sebuah syarikat arak?



Sudah tidak adakah pemimpin BN bukan Islam yang boleh menggantikan tempat Shalimin merasmikan majlis tersebut walaupun dalam Islam tidak melarang penganut agama lain untuk berhibur malah bebas berbuat apa saja asalkan tidak melanggar undang-undang.

Bukankah BN Taiping ditandingi Presiden PPP, M Kayveas yang kalah dalam pilihanraya umum lalu dan untuk mengelakkan fitnah, mengapa tidak dia sendiri yang merasmikannya?

Mengapa alim ulama dalam Umno bahagian Taiping terus diam membisu tidak berani menegur Shalimin yang sama ada sedar ataupun sebaliknya sudah terjerumus ke dalam maksiat?

Apakah reaksi ahli Umno agaknya setiap kali lalu di hadapan kain rentang berkenaan kerana ia sudah pasti akan memberi 'saham' kerana tidak menegur pemimpin yang sudah menggadaikan prinsip perjuangan apatah lagi agama Islam?

Paling utama, mengapa Zambry juga tidak berani menyanggah tindakan setiausaha politiknya sendiri kerana ia jelas bertentangan dengan perjuangan Umno yang kununnya memartabatkan Islam dan memperjuangkan hak orang Melayu?

Kerana undi, bakal tergadai akidah diri!- JALAN PULANG

Tiada ulasan: