malaysiadaily
Pada
hujung minggu ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan
adalah “betul” bagi parti politiknya untuk menerima derma berjuta-juta
dollar dari penderma yang tidak perlu didedahkan.
Empat tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah berusaha
menafikan bahawa wang ini ada kaitan dengannya atau mempunyai sebarang
kaitan dengan seorang yang benama Michael Chia.
Namun kini, Perdana Menteri telah terpaksa berhadapan dengan bukti-bukti
yang menunjukkan bahawa wang itu dikaitkan dengan Musa. Musa seharusnya
memohon maaf kerana telah menafikan adanya kaitnya dengan Michael Chia,
dan dia juga harus memohon maaf pada Sarawak Report yang telah
dituduhnya menerbitkan dokumen-dokumen palsu dan menyebarkan fitnah
terhadapnya.
Beralasankan bahawa semua bayaran itu dibuat kepada UMNO telah termusnah
kerana bukti-bukti bahawa Michael Chia telah juga membuat pembayaran
menggunakan akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa selama beberapa tahun
mereka menuntut di luar negara.
Adakah pengajian anak-anak Musa di Australia itu ada kepentingan dan
kaitan dengan wang UMNO? Nampaknya Pengerusi UMNO Sabah itu bukan sahaja
menggunakan wang itu untuk kepentingan politiknya (sebagaimana dia
berikan sebagai alasan) lebih dari kegunaan peribadinya. Wang itu juga
turut digunakannya untuk membiayai perbelanjaan ahli-ahli keluarganya.
Nampaknya BN cuba mengatakan bahawa kaedah yang digunakan oleh
negara-negara bertamadun yang lain untuk mempastikan keboleh-percayaan
tidak dipedulikan oleh BN, kerana kita boleh percaya pada mereka bahawa
mereka tidak menerima sebarang wang rasuah!
Lim bersaudara mempunyai banyak lesen dan konsesi yang diterima mereka
dari Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Musa Aman (yang juga Ketua
Menteri Sabah dan juga Pengerusi UMNO Sabah). Hasil-hasil kajian kami
mendapati bahawa syarikat-syarikat Maxland Sdn. Bhd., Cergas Kenari Sdn.
Bhd dikendalikan oleh Priceworth Industries Sdn. Bhd. dimana Andrew Lim
merupakan ketua mereka. Lim juga merupakan pengawal dan pengendali bagi
banyak syarikat pembalakan di Sabah.
Andrew Lim dan saudaranya Freddy Lim juga berada di sebalik agen-agen
pembalakan Wayco Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong dan
syarikat Hillywell Inc adalah pembayar berjuta-juta dollar ke dalam
akaun-akaun UBS Michael Chia. Pembayaran-pembayaran ini telah
ditimbulkan oleh pihak ICAC Hong Kong dalam siasatan-siasatan mereka.
Jika ianya bukan suatu kesalahan dengan berjuta-juta dollar yang
didermakan kepada UMNO Sabah (yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri
Musa Aman) diterima daripada kroni-kroni pembalakan yang telah
dianugerahkan lesen-lesen pembalakan dari Lembaga Pengarah yayasan Sabah
(yang juga dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman), kenapa pula
Perdana Menteri membiarkan Sarawak Report menerbitkan semua ini?
Musa seharusnya mengumumkan mengenai para penyumbang dananya dan dia
seharusnya merasa bangga bahawa UMNO Sabah mendapat faedah dari
berjuta-juta wang sogokan untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan
memusnahkan saki-baki hutan dara dan bahawa mereka gembira mengharapkan
ketibaan wang yang cuba diseludup masuk ke Sabah oleh Michael Chia (yang
mendapat banyak lesen pembalakan dan mempunyai banyak kereta mewah,
telah banyak kali mengakui bahawa dirinya adalah seorang yang buta huruf
dalam mahkamah).
Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroni pembalakan dari Sarawak,
Ting Pek Kiing juga pernah menerima banyak lesen pembalakan dari Yayasan
Sabah. Dalam pada itu, syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan
kroni ini juga turut bermurah hati menyumbangkan dana ke dalam
akaun-akaun Michael Chia yang menjadi punca kewangan RM40 juta untuk
dibawanya kepada Musa dalam tahun 2008.
Simon Ling Ding Dieng adalah sepupu Ting Pek Kiing yang juga rakan
niaganya yang turut menerima lesen-lesen pembalakan, dan begitu juga
seorang lagi kroni pembalakan yang bernama Ngui Ing Chuan.
Maka, tidak hairanlah bagi Ngui Ing Chuan dan anak Ting Pek Kiing, Peter
Ting Sie Huong merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat
Borion yang telah menyumbang dana yang besar ke dalam akaun-akaun
Michael Chia, yang kemudiannya dikeluarkan untuk dijadikan dana kepada
Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman!
Edmond atau Admond Looh Boon Chai adalah Ketua pengarah Eksekutif dalam
Java Industries sehingga 2010 dan merupakan penerima banyak lesen dari
Yayasan Sabah menerusi banyak syarikatnya.
Looh juga merupakan pengawal atau pengendali banyak syarikat yang telah
menyumbangkan banyak dana ke dalam jaringan syarikat-syarikat yang
dikendalikan oleh Michael Chia bagi pihak Musa Aman (sebagaimana yang
telah diakui). Pihak SPRM kini mempunyai bukti-bukti banyak pembayaran
yang dibuat oleh syarikat-syarikat kendalian Looh, lagi pun Looh juga
merupakan penerima banyak lesen pembalakan dari Musa Aman dalam
kapasitinya sebagai Pengerusi Yayasan Sabah.
Sebenarnya banyak wang telah dialirkan dari syarikat-syarikat milik Looh
ke dalam akaun-akaun Micahel Chia selama beberapa tahun dan semua
mahlumat ini ada pada pihak SPRM!
Ini merupakan jawapan pelik Perdana Menteri pada hujung minggu ini:
“Setiap parti politik berhak menerima sumbangan politik,” katanya,
sebagai menambah bahawa sumbangan politik dilakukan dengan cara yang
betul.
Perdana Menteri Najib enggan mengulas lebih lanjut punca kewangan itu
dan turut menambah bahawa parti pembangkang juga menerima sumbangan dana
politik. “Pembangkang juga menerima sumbangan dan mereka tidak
mengisytiharkannya,” [New Straits Times]. Pengakuan-pengakuan sedemikian
seharusnya diuji di mahkamah. -sarawakreport.org
Tiada ulasan:
Catat Ulasan