Rabu, 17 Oktober 2012

Jingga 13 mahu siasatan baru terhadap 'sumbangan RM40j'

Lu Wei Hoong


 
NGO berkaitan PKR - Jingga 13 - menggesa pihak polis supaya menyiasat dakwaan percubaan seorang ahli perniagaan untuk menyeludup masuk RM40 juta yang dikatakan untuk Umno Sabah.

Penyelarasnya, Fariz Musa (kanan), yang membuat laporan polis mengenai semalam, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersubahat dalam perkara itu kerana beliau adalah menteri kewangan.

Laporan polis juga menuntut siasatan terhadap Ketua Menteri Sabah yang juga pengerusi Umno negeri itu, Datuk Musa Aman.

Bercakap di ibupejabat polis daerah Dang Wangi, Faris berharap polis akan memulakan siasatan terperinci melalui jabatan jenayah komersial tanpa prejudis atau pilih kasih, untuk mendakwa mereka yang terbabit.

Fariz juga tidak puas hati dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membersihkan Musa daripada sebarang salah laku.

Pada bulan Ogos 2008, ahli perniagaan Michel Chia ditahan pihak berkuasa Hong Kong apabila hendak menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur bersama wang tunai AS$16 juta (RM40 juta).

Bagaimanapun, Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) tidak mendakwanya.

Lamanweb Sarawak Report telah mendakwa bahawa pihak berkuasa tersebut tidak dapat meneruskan tindakan kerana SPRM enggan bekerjasama.

Apabila perkara itu dibangkitkan di Parlimen minggu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata sumbangan politik itu adalah kepada Umno Sabah dan bukan untuk kegunaan peribadi Musa.

Tiada ulasan: