Isnin, 1 Oktober 2012

Hutang Malaysia Sebelum Bajet 2013, RM476.68 Bilion. Kerajaan Diberikan Amaran Lagi!!

 Staff Berita Semasa
Bajet 2013 Hutang malaysia Hutang Malaysia Sebelum Bajet 2013, RM476.68 Bilion. Kerajaan Diberikan Amaran Lagi!!
Sumber : The Economist

Hutang Malaysia Terkini : Sebelum berlangsung Pembentangan Bajet 2013 petang ini, apa kata kita semak hutang Malaysia yang terkini. Mengikut semakan data yang diperoleh terus daripada Bank Negara ini, di mana datanya telah dikemaskinikan pada 24 September 2012 yang lalu. Kalau diikutkan…..

Kalau diikutkan dari tahun 1988 sehingga tahun 2011, Belanjawan Negara secara purata mencatatkan -2.89% daripada KDNK. Rekod tertinggi hanya yang positif pada bulan Disember tahun 1997, 2.4%; dan, rekod terendah, negatif ialah pada bukan Disember 2009.

Jumlah Hutang Kerajaan Malaysia Tahun 2007 – September 2012?

  1. Hutang Malaysia 2007 : RM247 bilion
  2. Hutang Malaysia 2011 : RM421 bilion (Laporan : Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020)
  3. Hutang Malaysia Mac 2012 : RM456.1 Bilion. (Laporan : Menteri kata jangan risau, tidak pelru bimbang)
  4. Jun 2012 : RM470.76 Bilion (Laporan : Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!)
  5. September 2012 (terkini): RM476.68 bilion : (Laporan hari ini)

Hutang Kerajaan Malaysia Sebelum Bajet 2013

Hutang bajet 2013 Hutang Malaysia Sebelum Bajet 2013, RM476.68 Bilion. Kerajaan Diberikan Amaran Lagi!!
Bajet 2013 Hutang Hutang Malaysia Sebelum Bajet 2013, RM476.68 Bilion. Kerajaan Diberikan Amaran Lagi!!
Sumber : Bank Negara
Sebelum ini, Credit Suisse, Fitch Rating, Standard & Poor’s, semuanya memberikan gambaran yang cukup membimbangkan yang harus menuntut kerajaan Malaysia mengambil langkah yang serius mulai sekarang. Janganlah berlengah lagi. Contohnya :
  1. Fitch Rating : Memberikan peringatan & amaran kepada kerajaan Malaysia kerana profil kredit Malaysia yang mula meningkat naik. Petanda tersebut menunjukkan di sini ada kemungkinan kewangan Malaysa ketika ini dalam keadaan lemah.
  2. Apatah lagi, kerajaan Malaysia masih belum membentangkan pelan yang meyakinkan untuk menangani ancaman defisit fiskal belanjawan persekutuan dan jumlah hutang persekutuan.
  3. Standard & Poor’s : Jika kerajaan Malaysia tidak membuat pembaharuan yang drastik untuk mengurangkan pembaziran dan usaha membendung rasuah yang boleh megurangkan defisit fiskal, PENARAFAN KREDIT Malaysia besar kemungkinan akan dipotong.
  4. Apabila penarafan kredit Malaysia mula dipotong, Malaysia akan berada dalam “masalah”
P/S : Sama-sama kita nantikan apa mekanisme dan langkah yang digunapakai oleh kerajaan Malaysia kali ini bagi mengekang lonjakan hutang negara Malaysia selepas ini dalam pembentangan Bajet 2013?

PP/S : Apa respon anda dnegan keadaan hutang Malaysia ketika ini?

Tiada ulasan: