KUALA LUMPUR— Putrajaya telah mengesahkan bahawa Datuk
Musa Aman hanya dibersihkan daripada rasuah selepas agensi pencegahan
rasuah Malaysia memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa sumbangan
tunai RM40 juta yang didakwa untuk Ketua Menteri Sabah adalah “derma
politik” kepada Umno.
Menteri de-facto undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menyiasat Musa selepas Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah (ICAC) Hong Kong ingin mendapatkan maklumat mengenai isu itu.
Beliau berkata ICAC telah meminta kerjasama SPRM selepas peniaga kayu Sabah, Michael Chia telah ditahan dan didakwa dengan pengubahan wang haram pada tahun 2008 kerana cuba menyeludup S$16 juta (RM40 juta) daripada Hong Kong.
Menurut laporan media, Chia pada masa itu memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang yang beliau bawa adalah milik Musa.
“SPRM bersetuju untuk bekerjasama dengan rakan sekerja di Hong Kong itu dan telah mendapati wang yang dipersoalkan itu bukan untuk kegunaan peribadi Musa.
“Agensi itu kemudian melaporkan kembali kepada ICAC dengan maklumat dan pihak berkuasa Hong Kong itu memutuskan untuk menggugurkan perkara tersebut dan menarik kembali aduan kepada mahkamah Switzerland,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider semalam.
Menteri tersebut telah diminta untuk bertindak balas kepada dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa beliau telah memberi laporan bercanggah kepada Parlimen tentang agensi anti-rasuah Malaysia atau Hong Kong kuasa yang mula-mula membersihkan Musa daripada rasuah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim telah menuntut pendedahan penuh dan
kronologi peristiwa yang membawa kepada nama Musa dibersihkan,
meningkatkan syak wasangka sama ada Malaysia telah campurtangan dalam
kes tersebut untuk menyelamatkan pemimpin Umno daripada tuduhan rasuah.
Lim menegaskan bahawa Nazri mula-mula memberitahu Parlimen bahawa
Jabatan Peguam Negara (AGC) yang telah membebaskan Musa, berdasarkan
penemuan daripada penyiasatan SPRM mengenai perkara itu.
Menteri itu juga berkata bahawa ICAC telah menarik kembali permohonan Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) dari mahkamah Switzerland selepas mendapati bahawa RM40 juta bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan kegunaan peribadi Musa.
Akan tetapi apabila bercakap mengenai isu itu di Dewan Rakyat sekali lagi pada hari Khamis, Nazri telah memberitahu Dewan bahawa ICAC yang mula-mula membersihkan nama Musa, juga memberitahu ahli-ahli parlimen pembangkang agar merujuk pertanyaan mereka kepada agensi Hong Kong itu jika mereka tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Lim berkata bahawa Nazri telah “mengikat dirinya dengan percanggahan” dan menuntut menteri tersebut menjelaskan agensi mana - SPRM, AGC atau ICAC Hong Kong — telah membersihkan nama Musa serta kronologi peristiwa tersebut.
Antara lain, Lim berkata Nazri perlu mendedahkan butiran tentang bilakah SPRM menyiapkan kertas siasatan dan menyerahkan kepada AGC, bilakah AGC mengisytiharkan perkara tersebut ditutup dan apakah SPRM telah bersetuju dengan pendapat itu.
Beliau menambah bahawa menteri perlu mendedahkan bilakah ICAC selesai siasatan dan memutuskan untuk menarik kes dari mahkamah Switzerland.
“Banyak persoalan menuntut jawapan tentang wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong ke Malaysia yang berakhir sebagai “sumbangan kepada Umno Sabah, yang sepatutnya Nazri jelaskan di Parlimen pada hari Isnin depan,” kata penasihat DAP itu.
Apabila ditanya tentang bilakah AGC campurtangan untuk mengisytiharkan Musa tidak bersalah, Nazri memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tidak pasti.
“Saya fikir yang terbaik anda bertanya AGC tentang itu. Saya tidak jelas sama ada AGC membersihkan Musa selepas ICAC menggugurkan kes atau sebelum,” katanya.
Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak telah menolak dakwaan pembangkang bahawa RM40 juta telah “diseludup” ke Malaysia. Beliau sebelum itu pernah mempertahankan derma, tetapi enggan mendedahkan butiran mengenai sumber dana.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan