Empangan ini membekalkan air untuk dirawat di tiga loji pembersihan air iaitu; LPA Sungai Selangor Fasa 1, LPA Sungai Selangor Fasa 2 dan LPA Bukit Badong. Empangan Sungai Selangor menyumbangkan 60% bekalan air di sekitar Lembah Klang.
Sekalung ucapan tahniah kepada pegawai dan kakitangan Lembaga Urus Air Selangor yang bekerja keras dalam memantau status empangan untuk memastikan ia berada pada paras memuaskan dan mampu memenuhi keperluan pengguna.
Kerajaan Selangor sedar dengan usaha pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan ketakutan kepada rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang kononnya bakal berdepan krisis air ekoran penurunan paras air di empangan.
Saya mengesa semua ahli politik terutamanya pihak pembangkang di Selangor supaya berhenti membuat kenyataan mengelirukan mengenai isu air termasuk kedudukan paras takungan di empangan.
Kenyataan mengelirukan dan tidak benar ini seolah-olah memperlekehkan kerja keras kakitangan kerajaan yang selama ini bertungkus lumus untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi.
Segala usaha yang dilakukan adalah bukti komitmen Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan penyusunan semula industri perkhidmatan air yang masih terbantut di samping meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan menteri besar Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan