Jumaat, 5 Oktober 2012

Hakim benarkan proses singkir saksi bekas menteri

TERKINI
Oleh Hafidz Baharom
 
KUALA LUMPUR — Hakim Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan prosiding menyingkirkan seorang saksi bekas menteri selepas mendapati kontradiksi testimoni beliau di mahkamah hari ini berbanding testimoni awal beliau kepada polis.

Dalam penghakimannya, Datuk Asmadi Asmawi mengatakan testimoni Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (foto fail) semalam dan hari ini mengatakan kabinet tidak perlu meluluskan sebarang semakan dalam harga terakhir yang diluluskan bagi pembelian tanah  Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bercanggah dengan kenyataan kepada Supt. R Rajagopal pada 6 Julai 2011.

“Selepas menyemak kenyataan yang diberikan dalam mahkamah oleh saksi dan membandingkan dengan kenyataan yang dibuat kepada polis di bawah Seksyen 112, Kanun Acara Jenayah, saya mendapati terdapat kontradiksi jelas.

“Pihak pendakwaan boleh teruskan untuk menyingkirkan saksi,” kata Ahmadi.

Semasa penyerahan, peguam pembelaan Wong Kian Kheong meminta hakim membenarkan mereka untuk melihatkeseluruhan kenyataan bersumpah dibuat kepada pihak polis dan bukannya hanya kenyataan yang menyinggung perasaan.

“Kami meminta mahkamah membenarkan kita mengakses kenyataan penuh daripada pihak polis supaya kita dapat mengkaji soalan dan konteks kenyataan kepada polis untuk keadilan,” kata Wong dalam mahkamah.

Ini telah dibantah oleh DPP Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang berkata tidak ada keutamaan bagi apa-apa permintaan.

 “Kami membantah permintaan itu kerana  sentiasa bahawa tertuduh dan pembelaan hanya menunjukkan kenyataan yang salah dan bukan kenyataan penuh,” katanya.

Ahmadi kemudian memutuskan bahawa dia akan mendengar hujah-hujah mengenai perkara itu pada hari Isnin.

Tun Majid juga memberi notis bahawa dia akan membantah pihak pembelaan yang mahu membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi keterangan.

Sementara itu, Tun Dr Ling Liong Sik memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengeluarkan sepina untuk ketiga-tiga perdana menteri – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi dan Najib – untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tanah PKFZ.

“Mereka menuduh saya berbohong kepada kerajaan, jadi saya mahu ketiga-tiga ini memberi pandangan mereka mengenai perkara ini,” katanya selepas mahkamah ditangguhkan hari ini.

Abdul Kadir merupakan saksi dalam kes pendakwaan terhadap bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, yang dituduh menipu kabinet bagi meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah untuk projek PKFZ yang menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan.

Projek tersebut pada mulanya dianggarkan bernilai RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Liong pada tahun 1997, meningkat lebih empat kali ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007.

Dr Ling berkhidmat sebagai menteri pengangkutan dari January 1986 sehingga May 2003.

Pendedahan kajian kedudukan oleh firma perkaunan terkenal PricewaterhouseCoopers (PwC) pada 2009 bahawa kos untuk membayar hutang boleh mencecah RM12.5 bilion.

Semenjak Disember 2009, enam individu sudah didakwa di mahkamah termasuk bekas presiden MCA Dr Ling dan bekas menteri pengangkutan selepasnya dan timbalan presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy.

Kedua-dua dituduh menipu kabinet.

Dr Ling turut menghadapi dua dakwaan alternatif menipu kabinet sehingga percaya terma pembelian — RM25 sekaki persegi dicampur dengan faedah sebanyak 7.5 peratus — diketahui dan dipersetujui oleh JPPH walaupun mengetahui tiada sebarang perjanjian.

Beliau menghadapi kemungkinan dipenjara selama tujuh tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan dengan pertuduhan pertama dibawah seksyen 418 Kod Jenayah.

Pertuduhan alternatif pula hukumannya lebih ringan lima tahun penjara, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Perbicaraan ditangguhkan ke Isnin hadapan dimana Dr Mahathir akan memberikan keterangan pada pukul 3.00 petang.

Tiada ulasan: