Isnin, 8 Oktober 2012

Dr M beritahu polis dia tak ditipu berkaitan kos PKFZ

 
Hafiz Yatim


 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu mahkamah hari ini bahawa beliau telah memberitahu seorang pegawai polis bahawa beliau tidak ditipu berkaitan kos projek kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

NONESeingat beliau, kata Dr Mahathir, tidak seorang pun anggota kabinet yang membantah (kos) projek tersebut.

Beliau berkata, salah seorang daripada pegawai polis yang merakam kenyataannya, telah mengatakan bahawa sekiranya mereka tahu mengenainya, tentu mereka tidak akan mendakwa Dr Ling.

Dr Mahathir adalah saksi keempat pihak pembela dalam kes perbicaraan Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dr Ling, 69, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahunadalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
   
NONEBeliau juga menghadapi pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu M1,088,456,000.
   
Ling, didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002. 
Dr Mahathir memberitahu demikian ketika menjawab soalan peguambela Wong Kian Kheong.

Beliau berkata pegawai polis merekodkan kenyataannya sebanyak dua kali dan beliau mengenalpasti seorang pegawai daripadanya sebagai Supt R Rajagopal.

Wong bertanya, selepas meneliti dokumen yang diberikan oleh pegawai penyiasat (IO), adakah beliau (Dr Mahathir) memaklumkan kepada IO yang beliau ditipu berkaitan pembelian tanah dalam kes tersebut.

Mantan perdana menteri itu menjawab tidak.

Wong bertanya lagi sama ada Dr Mahathir membuat laporan polis yang defendan menipunya berkaitan pembelian tanah tersebut.

Sekali lagi Dr Mahathir menjawab: "Tidak"

Wong: Apakah IO memberitahu anda?

Dr Mahathir berkata, seorang daripada pegawai tersebut berkata sekiranya mereka telah mendengar kenyataannya itu, mereka tidak akan mendakwa Dr Ling.

Tiada ulasan: