Khamis, 4 Oktober 2012

DAP: Menteri KPDNKK tidur & malas

 
Hazlan Zakaria


 
DAP menyifatkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri "tidur" ekoran tidak mengambil tindakan terhadap syarikat yang gagal mengemukakan akaun teraudit tahunan.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, tindakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang hanya akan mengambil tindakan jika laporan dibuat tidak boleh diterima.

NONEMenurut Pua (kanan), SSM tidak perlu menunggu laporan dibuat kerana sudah mempunyai rekod syarikat berkaitan.

"Ini jawapan paling malas daripada mulut menteri. Bukan kerja orang awam untuk cari syarikat yang bersalah," kata Pua.

Ismail semalam berkata, bukan hanya syarikat milik Suara Rakyat Malaysia (Suaram), kerajaan akan turut menyiasat syarikat yang dikaitkan dengan Umno sekiranya mendapat aduan.

Mengulas dakwaan Pua sebelum itu, Ismail berkata, pihaknya "baru tahu" mengenai dakwaan terhadap National Aerospace and Defence Industries (Nadi) dan YGP Holdings tidak memfailkan akaun teraudit sejak 2006 dan 2007.

Tiada ulasan: