Isnin, 1 Oktober 2012

[BONGKAR] Kredibiliti Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin Berkecai

KELAB GREENBOC
Kredibiliti Hamidzun Khairuddin sebagai Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dipertikai apabila beliau sendiri pernah didakwa terlibat dengan satu kejadian pecah amanah di Selangor.

Pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Zamri Ibrahim & Co.

Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu.

Demikian menurut satu sumber yang dihantar kepada TV Selangor hari ini.

Menurut sumber itu lagi, kejadian tersebut menyebabkan wang pemegang amanah berjumlah RM152, 610 yang diserah pembiaya kepada peguam untuk dibayar kepada PKNS bagi pihak pembeli rumah bagi projek rumah teres satu tingkat di Taman Permai Jaya, Cheras lesap.

Manakala wang duti setem berjumlah RM46, 626.15 yang sepatutnya dibayar kepada Lembaga Hasil sebagai pendaftaran pindah milik pangsapuri Danau Mas di seksyen 7 Shah Alam turut dilesapkan.

“Rentetan itu, para pembeli rumah terlibat membuat aduan kepada PKNS pada 28 Mac 2011 berhubung kelewatan urusan tersebut,” menurut sumber itu.

Berdasarkan aduan yang dterima PKNS, PKNS dikatakan membuat siasatan di Majlis Peguam dan di pejabat Zamri Ibrahim & Co.

Bagaimanapun menurut sumber itu lagi, pejabat firma guaman itu ditutup dan Hamidzun selepas itu didapati menubuhkan sebuah firma lain iaitu Hamidzun and Co yang beroperasi secara bersendirian dari rumah.

Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626.15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011.

Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi.

Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011.

“Walaupun Hamidzun membuat bayaran terhadap tuntutan di atas, namun yang nyata berlaku kejadian pecah amanah kerana beliau gagal menyempurnakan bayaran dan juga urusan pindah milik dalam tempoh yang sepatutnya.

“Kegagalan dan keengkaran beliau ini menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak khususnya pembeli-pembeli rumah PKNS,” menurut sumber itu lagi.

Pemimpin NGO didakwa pecah amanah

PETALING JAYA: Seorang pemimpin sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang lantang dan sering membongkarkan penyelewengan di Selangor, kini didakwa pula telah melakukan pecah amanah bernilai RM200 ribu pada tahun 2010.

Dakwaan itu membabitkan bayaran wang stakeholder kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta kegagalan beliau menyempurnakan urusan pindah milik pembeli rumah yang sepatutnya diselesaikan pada tahun 2009.

Menerusi surat yang diterima FMT, menyatakan bahawa pemimpin terbabit yang merupakan rakan kongsi sebuah syarikat guaman dilantik sebagai panel peguam PKNS sebelum 2004.

Namun syarikat guaman itu disenarai hitam daripada panel PKNS pada Oktober 2010 atas dakwaan pecah amanah.

Tuntutan pecah amanah pertama bernilai RM152 ribu, membabitkan wang stakeholder yang dibayar pihak pembiaya kepada peguam untuk PKNS oleh pembeli rumah bagi projek rumah teres satu tingkat di Cheras.

Tuntutan kedua membabitkan dakwaan wang duti setem bernilai RM46,000 yang dibayar pembeli rumah kepada peguam untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tujuan pendaftaran pindah milik bagi projek Pangsapuri di Shah Alam.

Ekoran kegagalan tersebut, surat tuntutan dikemukakan pada November 2010 namun tiada maklum balas sehingga PKNS terpaksa melantik firma guaman lain.

Bagi kes kedua juga PKNS bertindak mengemukakan surat tunjuk sebab dan amaran kepada pemimpin tersebut berhubung aduan yang diterima.

Aduan diterima PKNS oleh pembeli-pembeli rumah dan hasil siasatan mendapati syarikat guaman tersebut tidak beroperasi. Malah pemimpin tersebut didakwa telah menubuhkan syarikat guaman lain.

Menerusi surat tersebut juga menyatakan bahawa pemimpin terlibat telah membuat pembayaran namun dakwaan pecah amanah berlaku ekoran kegagalan beliau menyempurnakan bayaran dan urusan pindah milik untuk tempoh yang sepatutnya.
-FMT
Ulasan GB

Patutlah terpekik terlolong selama ni di Selangor. ..anti-penyelewenganlah konon... rupa-rupanya nak tutup penyelewengan diri sendiri.

GB dah pesan kepada puak-puak UMNO ni berkali-kali.. jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan.... kelak seluar kamu terlucut... itu tak apa lagi... kalau diberikan hukuman/balasan atau ujian patah riuk kena langgar lori balak atau steamroll.. lagi parah.....

Bertaubatlah kamu wahai UMNO!

Tiada ulasan: