MAKA kecohlah puak-puak jahiliyyah itu menyebut bahawa PKR itu sama
dengan Umno iaitu tidak Islamik. Maka kata mereka apa perlunya PAS
bersama PKR jika PKR itu sama dengan Umno dan tidak sama dengan
perjuangan PAS? Soalan bodoh ini sewajarnya dan cukup rasanya aku yang
tidak cerdik tapi tidak sejahil mereka untuk menjawabnya.
Adakah selama ini golongan Melayu Jahiliyyah itu (sekarang dikenali
sebagai "Syaitan yang dikenali") menganggap dasar PKR sama dengan dasar
PAS? Jika begitu anggapan mereka, jelaslah mereka sebenarnya masih
tidak mengenali PKR dan PAS, ertikata lain teramat bengapnya mereka.
Jika PKR dasarnya sama dengan PAS, perlu apa wujud PKR? Bukankah lebih
baik mereka semua menyertai PAS? Begitu juga, jika PKR itu sama dengan
Umno, buat apa PKR melawan Umno habis-habisan? Itu pun tidak boleh
fikirkah?
DS Wan Azizah, isteri Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim |
Siapakah wanita ini? |
Terdapat banyak beza PKR dengan Umno sebenarnya. Kita ambil contoh
paling mudah sahaja, adakah PKR pernah menentang atau mengugut PAS untuk
memperjuangkan dasar partinya iaitu Islam? Cuba tanya Umno pula.
Bukan sahaja Umno pernah menentang dasar PAS di bibir sahaja, bahkan ada
pemimpin Umno yang cuba menyaman PAS kerana isu Hukum Hudud. DAP pun
tidak pernah mahu menyaman PAS di dalam soal Hudud ini walaupun DAP
tidak bersetuju dengan hukum tersebut. Di bawah Umno, Kerajaan Kelantan
di bawah PAS pernah diugut agar tidak melaksanakan Hukum Hudud.
Pernahkah ini dilakukan oleh PKR?
DS Anwar dan Isteri |
Najib dan isteri? |
PKR adalah parti yang ahlinya terdiri dari berbagai kaum dan agama,
tetapi asas perjuangan parti ini adalah memperjuangkan keadilan untuk
semua. Manakala, PAS pula ahli-ahlinya terdiri dari berbagai kaum
berugama Islam dan menerima yang bukan Islam sebagai penyokong bersekutu
bagi memperkuatkan parti tersebut untuk memperjuangkan Islam. Jika PKR
memperjuangkan keadilan, salahkah PAS bersama dengan PKR kerana Umno
terbukti tidak memperjuangkan aspek itu.
Ada hikmahnya PKR ini wujud di dalam membantu PAS. Andainya sewaktu DS
Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dahulu dan beliau menyertai PAS
bersama para penyokongnya, kita tidak pasti Pembangkang menjadi sekuat
ini. Jika terdapat mereka yang amat benci dengan Umno/Bn, tetapi merasa
kurang yakin dengan DAP dan tidak boleh menyertai PAS kerana mereka
bukan Islam atau kurang yakin dengan PAS, ke manakah pilihan mereka?
Sebab itu PKR wujud untuk orang-orang yang seperti ini, iaitu mereka
yang bencikan Umno/Bn. Di dalam PR kita perlukan orang yang benci kepada
Umno/Bn kerana parti inilah yang merosakkan negara dan mengkhianati
rakyat di negara ini.
Pilih mana satu contoh keluarga terbaik
PKR tidak kisah dianggap sebagai 'kayu galah' untuk PAS mencapai hasrat
parti tersebut. Untuk menjolok buah yang mahu dinikmati bersama, PKR
atau DAP sanggup menjadi 'kayu galah atau penjolok" asalkan tidak
menjadi kuda tunggangan seperti Umno yang diperkudakan oleh parti-parti
komponen mereka. Faktanya, Apa yang Umno boleh buat apabila Presiden
MCA menghina hukum Islam? Lebih jelas lagi, di dalam debat Chua Soi Lek
dengan Lim Guan Eng, terang-terang Chua Soi Lek mengaku bahawa MCA
berani memberi amaran kepada Umno agar tidak melaksanakan Hukum Hudud.
Apa pula jawapan Lim Guan Eng? Beliau menyebut bahawa DAP berpendirian
isu Hudud adalah isu agama dan DAP menghormatinya sebagaimana PAS juga
menghormati ugama mereka. Bukankah ada beza di situ?
Memang benar, Karpal Singh berulangkali menyebut DAP tidak bersetuju
dengan Hukum Hudud tetapi pernahkah Karpal Singh selaku Peguam terkenal
menyaman PAS atas isu Hudud? Bagi PAS pula, soal DAP tidak bersetuju
dengan hukum Hudud bukan perkara baru bahkan jika DAP menyokong hukum
ini sekalipun bukan mudah buat PAS untuk melaksanakannya kerana Umno
tetap menjadi penghalang hukum Allah ini. Malahan halangan dari Umno
ini lebih hebat dari DAP kerana Umno sekarang berkuasa, bukan DAP.
Contohnya seperti yang berlaku di Kelantan dahulu.
Beza Umno dengan PKR umpama langit dan bumi. Umno tetap dengan dasar
Kebangsaannya, tetapi PKR tetap dengan dasar yang akan memberikan
keadilan kepada semua kaum. Keadilan kepada semua kaum ini adalah salah
satu dari kehendak Islam, maka tentunya perjuangan ini secocok dengan
PAS. Parti yang hanya menyalak "Ketuanan Melayu, ketuanan Melayu" Hidup
Melayu, Hidup Melayu" sudah tentu ditolak oleh PAS kerana Islam tidak
boleh diperjuangkan melalui Melayu semata-mata.
Tidak dinafikan PKR bukan parti Islam seperti PAS, tetapi PKR bukan anti
Islam seperti Umno. Itu bezanya. Di dalam Islam, akta yang zalim dan
tidak adil seperti Akta ISA, AUKU, OSA dan beberapa akta lagi bercanggah
dengan Islam, maka PKR menentangnya maka penentangan PKR terhadap akta
zalim ini secocok dengan parti PAS. Adakah PAS perlu bersama Umno yang
begitu lama bergelumang dengan kesemua akta ini?
Paling releven, Umno lah satu-satunya parti yang banyak menganiayai
PAS. Siapa boleh lupa sewaktu PAS dapat memerintah Terengganu, siapakah
yang menzalimi kerajaan PAS ketika itu dengan merampas royalti minyak
yang sebelum ini diberikan? Tidakkah mereka sedar bahawa Terengganu itu
sebuah negeri yang hampir 100% Melayu Islam? Begitu juga soal royalti
di Kelantan sebuah lagi negeri Melayu yang dikhianati? Bukan PKR atau
DAP yang menganiayai negeri-negeri Melayu tersebut tetapi Umno/Bn.
Masihkah kita mahu beranggapan Umno dan PKR itu serupa?
Mari kita lihat contoh paling mudah dan dianggap asas sahaja untuk
membandingkan Umno dan PKR. Dari segi penghayatan Islam kedua-dua
pemimpin dari Umno dan PKR sudah cukup untuk kita menilai parti manakah
yang patut PAS jadikan sahabat. Presiden Umno dikatakan seorang Islam
begitu juga isterinya. Adakah isteri Presiden Umno menghayati Islam
berbanding dengan isteri Ketua Umum PKR? Bandingkan pula keluarga
mereka. Adakah anak kepada Ketua Umum PKR ini memiliki saham kilang
arak atau syarikat yang ada kaitan dengan arak seperti San Miguel?
Apakah Umno mahu PAS bersama dengan mereka di dalam keadaan pemimpin
mereka sedemikian rupa?
Terlalu banyak lagi beza PKR dengan Umno sehingga tidak cukup ruang
untuk dinukilkan di sini. PKR punyai pimpinan yang berani berdepan
dengan Sang Penguasa, tetapi Umno mempunyai pemimpin yang hanya berani
bercakap seorang diri di kaca TV. Isu debat sudah cukup untuk mengajar
kita tentang pepatah "Berani kerana Benar, Takut kerana Salah"./wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan