Jumaat, 12 Oktober 2012

Bekas exco pengarah syarikat 'tak layak' bekal padi

Kuek Ser Kuang Keng


 
Bekas exco kerajaan Negeri Sembilan Mohamad Rais Zainuddin bertindak sebagai pengarah syarikat yang diberikan tender membekalkan padi walaupun didakwa gagal menepati kriteria.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SKM), bekas anggota Dewan Undangan Negeri Chembong itu dilantik sebagai salah seorang pengarah Kilang Beras Seri Merbok Sdn Bhd pada Jun 2011.

Rais digugurkan sebagai calon pilihan raya pada 2008.

Selain beliau, Abu Samah Hashim, Pek Ling Lin and Mohd Yusmizar Ismail turut dilantik sebagai penagrah Kilang Beras Seri Merbok.

Sementara pemilik sahamnya terdiri daripada Mohd Yusmizar Ismail, Pek Eng Hoay, Pek Woei Fong dan Abu Samah.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini dilaporkan berkata, tender terbuka pembekalan benih padi yang bermula tahun ini bertujuan memastikan syarikat yang memenuhi kriteria dan mampu membekalkan benih berkualiti dianugerahkan tender.

Tiada ulasan: