Sekumpulan
aktivis NGO dan mahasiswa hari ini berhimpun di pintu masuk utama Port
Klang Cruise Centre (PKCC) di Pelabuhan Klang bagi memprotes kehadiran
kapal berkuasa nuklear dari Amerika Syarikat USS George Washington
baru-baru ini.
Penganjurnya Khalid Mohd Ismath (kiri) berkata, dalam perhimpunan itu mereka cuba menghantar memorandum bantahan kepada PKCC, bagaimanapun wakil pelabuhan itu didakwa enggan menerimanya.
"(Dalam memorandum itu) kita menuntut supaya PKCC tidak (lagi) membenarkan kapal Amerika berlabuh.
"Kita tidak mahu kuasa jahat yang terlibat dengan perang di Afghanistan dan Iraq diagung-agungkan.
"Kita juga mendesak pihak PKCC dan wakil-wakil kerajaan tidak membuat keputusan mesra dengan perjuangan Amerika," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Kumpulan yang terlibat dalam perhimpunan bermula jam 2 petang disertai aktivis NGO Jingga 13, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Gabungan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) dan Persatuan Anak Muda Klang (PAMK).
Turut hadir dalam perhimpunan tersebut Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutcelvan.
Dilaporkan USS George Washington - kapal induk pesawat udara berkuasa nuklear singgah ke Pelabuhan Klang untuk mempromosi kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat.
Kapal yang ditauliahkan pada 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal itu singgah lima hari di pelabuhan tersebut Ahad lalu. Ia dijadual meninggalkan negara ini semalam.
Ekoran itu, pelbagai pihak, termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat membantah dan mendesak kerajaan menghentikan membenarkan atau mengundang kapal perang negara kuasa besar dunia itu untuk tujuan diplomasi disertai kekerasan (gunboat diplomacy).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun dilapor menegaskan Malaysia tidak akan dijadikan pangkalan tentera asing dan berkata rakyat tidak perlu bimbang dengan "lawatan muhibah" tentera laut dari negara-negara sahabat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan