Rabu, 24 Oktober 2012

Agihan saham FGVH perlu siasatan telus dan menyeluruh – Tian

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mahu kerajaan membuat siasatan menyeluruh dan mendalam tentang pengagihan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

 “Ia bukan soal Sabah atau di mana-mana, ia soal ketelusan,” kata Ahli Parlimen Batu itu kepada Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh ketika perbahasan di Parlimen hari ini mendedahkan terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham FGVH walaupun tiada kena mengena dengan pembangunan Felda.

“Saya turut terkejut dengan kenyataan Ghapur itu, jelas ada pilih kasih dalam pengagihan tersebut.

“Justeru, kita juga perlu siasat di Semenanjung Malaysia sama ada perkara yang sama turut berlaku,” katanya.

Tiada ulasan: