Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menggantung Jimmy Wong Sze Phin (DAP-Sri Tanjong) daripada menghadiri persidangan dewan kerana mengingkari arahan Speaker Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak supaya menarik balik kata-katanya yang bersifat jahat terhadap kerajaan negeri.
  
Salleh berkata Wong tidak mengendahkan arahannya supaya menarik balik perkataan 'korupsi' yang dikatakan mempunyai unsur niat jahat ketika membahas bajet negeri 2013 hari ini.
  
Selepas dewan kecoh kira-kira 15 minit kerana keengganan Wong untuk menurut arahan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin mengusulkan agar Wong digantung daripada menghadiri persidangan DUN itu.- Bernama