Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kejayaan filem Hantu Kapcai
yang mencapai kutipan sebanyak RM2 juta semenjak ia ditayangkan pada
Khamis lalu adalah diluar jangkaan.
Norman berkata, sambutan yang lembab
terhadap filem tempatan semenjak akhir-akhir ini telah membuatkan
berita tersebut sebagai sesuatu yang manis bukan sahaja untuknya malah
membuka harapan kepada filem tempatan lain.
“Sejak
akhir-akhir ini sambutan terhadap filem tempatan memang sukar dijangka
tambahan pula dengan pelbagai pilihan dan lambakan filem di pasaran.
“Kejayaan Hantu Kapcai
mengutip RM2 juta selama lima hari tayangan adalah satu kejayaan
tersendiri selain membuka harapan baru buat industri perfileman secara
keseluruhannya,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Hantu Kapcai yang merupakan filem pertama terbitan anak
syarikat KRU Studios iaitu Showbiz Productions berkisar mengenai seorang
mat rempit bernama yang terjebak dalam perlumbaan haram kerana
kesempitan wang.
Dalam perlumbaan itu, Ajib terpaksa berentap dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy Ishak) sehingga membawanya ke ambang maut.
Selain Remy, ia turut dilakonkan oleh Zizan Razak, Fizz Fairuz, Izzue Islam dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.
Dalam pada
itu, Norman menyasarkan filem berkenaan mampu mencapai kutipan
sehingga RM5 juta sehingga tarikh akhir tayangannya di pawagam.
“Jika
dapat RM5 juta itu adalah satu kegembiraan buat kami memandangkan
faktor kelembapan filem tempatan yang agak teruk buat masa ini,”
katanya.
Sementara
itu, Norman berkata, pihak Showbiz Productions sudah menyiapkan enam
tajuk filem untuk pasaran tahun 2013 dan sedang merangka pelbagai
projek pada masa hadapan.
Tambah
Norman, anak syarikat KRU itu akan terus menfokuskan dalam pengeluaran
karya tempatan berbanding KRU Studios yang menyasarkan kepada
penerbitan filem bertaraf antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan