Khamis, 17 November 2011

'Teng bakal dilantik ketua BN Pulau Pinang'

Susan Loone

Sumber BN yang dipercayai melaporkan bahawa Perdana Menteri dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju melantik setiausaha agung Gerakan Teng Chang Yeow bagi menggantikan Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai ketua BN Pulau Pinang yang baru.

teng chang yeow gerakan secretary generalMenurut sumber itu, Najib telah menolak pencalonan naib pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Ong Thean Lye.

Katanya, sebab-sebab bagi penolakan Ong adalah tidak jelas, tetapi pengumuman untuk melantik Teng (kiri) dijangka dibuat pada Sabtu ini oleh Koh sendiri, di mana beliau juga dijangkakan "pengorbanannya’ untuk meletak jawatan sebagai ketua BN negeri.

Pengumuman itu dijangka dibuat selepas Koh mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat Gerakan di Universiti Wawasan di Pulau Pinang.

Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Koh, pagi tadi, mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di kerusi parlimen, mahupun di peringkat negeri.

Katanya, tindakan itu bagi memberi peluang kepada barisan pemimpin pelapis Gerakan menerajui parti berkenaan.

Tiada ulasan: