Rabu, 9 November 2011

Shahrukh khan disiasat pelaburan pasukan kriket

MALAYSIA KINI
Pelakon tersohor Bollywood Shahrukh Khan disiasat oleh agensi pengubahan wang haram India berhubung penglibatannya dalam liga kriket tempatan dan pemilikan sebuah pasukan kriket yang membabitkan aliran tunai yang banyak.

Khan, pemilik bersama Kolkata Knight Riders, disoal siasat hampir enam jam oleh agensi penguatkuasa Enforcement Directorate (ED), berhubung dakwaan "penipuan" kewangan dalam Liga Perdana India (IPL) profesional, menurut laporan Hindustan Times.

shahrukh khanMenurut laporan media, aktor itu disoal siasat "berhubung corak pegangan saham, pembelian pemain, perbelanjaan iklan, keuntungan dan kerugian."

Khan disoal siasat pada 5 November di pejabat ED di Mumbai tetapi setakat ini tiada pihak mengulas isu itu.

Pelakon itu dilaporkan membeli francise IPL pada 2008 hampir AS$75 juta (RM240 juta) bagi tempoh 10 tahun.

IPL bertukar menjadi acara kriket penuh glamor selepas beberapa bintang terkenal Bollywood -- Khan, Shilpa Shetty dan Preity Zinta serta tokoh korporat terkemuka India seperti Mukesh Ambani, menjadi pemilik pasukan-pasukan yang membariskan pemain tempatan dan asing.

Tetapi liga itu kemudiannya diselubungi kontroversi selepas muncul dakwaan mengenai kewujudan pelaburan "black money", memaksa pihak berkuasa melakukan siasatan mengenai promoter IPL, Lalit Modi dan beberapa pemilik pasukan.

Tiga tahun selepas pelancaran IPL, jenama itu kini bernilai lebih AS$3 bilion (RM9.6 bilion).
- Bernama

Tiada ulasan: