Jumaat, 18 November 2011

Senarai 420,000 nama pengundi meragukan dalam kajian

Senarai nama tersebut boleh dilihat di laman sesawang SPR


PETALING JAYA: PAS Johor akan mengkaji senarai 420,000 nama pengundi yang meragukan seperti didakwa oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Senarai nama tersebut boleh dilihat di laman sesawang SPR.

“Kita akan buat kajian terhadap senarai itu,” kata Ketua Penerangan PAS Johor Suhaizan Kayat ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, beliau turut memberitahu bahawa PAS telah pun membuat pembentangan berkenaan isu pengundi hantu kepada Jawatan Kuasa Khas Parlimen mengenai Penambahbaikan Pilihanraya.

“Antara lain kita juga telah mengetengahkan isu mengenai 240 orang asing yang didaftar sebagai pengundi di Kajang,” kata Suhaizan.

Pengundi hantu

PAS telah mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa tersebut pada hari Sabtu lepas.

PAS merupakan antara pihak – pihak yang tampil ke depan untuk membongkar isu pengundi hantu dalam pilihan raya.

Pembongkaran kewujudan pengundi hantu bertambah rancak sejak Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) telah mengadakan perarakan besar di Kuala lumpur pada 11 Julai lalu.

PAS telah turut sama menyertai perarakan tersebut bersama parti komponen Pakatan Rakyat – DAP dan PKR.

Tiada ulasan: