Rabu, 9 November 2011

Selangor belanja RM500 juta untuk kebajikan rakyat

MALAYSIA CHRONICLE


Simpanan Tunai Selangor telah mencecah RM1,212 yang merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, RM946.65 juta dalam bentuk simpanan cair (liquid reserve) dan selebihnya dalam bentuk simpanan amanah (trust reserve).

Begitupun, katanya ada pihak yang cuba memperlekeh kejayaan itu dengan menyatakan bahawa kononnya jumlah tunai yang banyak ini tidak semestinya baik kerana dalam ekonomi, "adalah lebih baik simpanan ini digunakan untuk mendorong kesan berganda (multiply effects)".

“Sukacita saya jelaskan bahawa Simpanan Tunai yang tinggi ini adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur dalam dan luar negeri, juga kepada bank-bank dan para kontraktor akan keupayaan kerajaan negeri mentadbir dan membuat pembayaran,” ujarnya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertemakan 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat, pada persidangan dewan negeri, pagi tadi.

Menurutynya, simpanan tunai yang selesa juga akan membolehkan Negeri Selangor menghadapi sebarang risiko serta situasi tidak menentu (volatility), apatah lagi bajet Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan pelan tindakan bagi menghadapi kemuncupan ekonomi dunia.

“Apa yang lebih penting pada saya ialah pencapaian ini berjaya direalisasikan melalui pengurusan kewangan yang baik seperti tertera dalam Laporan Audit Negara 2010.

“Pada masa yang sama kita dapat meneruskan pelbagai program pembangunan dan kebajikan rakyat,” katanya lagi.

Ini, jelasnya terbukti apabila sejumlah lebih RM500 juta hasil negeri telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak Mac 2008.Harakahdaily

Tiada ulasan: