Hazlan Zakaria
PKR hairan kerana walaupun sasaran pengeluaran projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) telah dikurangkan, tetapi pinjaman mudah daripada kerajaan tidak pula disemak semula.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution bertanya mengapa jumlah pinjaman masih kekal RM250 juta.
Katanya, jika sasaran itu dikurangkan dari 60,000 ekor lembu kepada 8,000 ekor, maka pinjaman mudah itu sepatutnya RM75,000 (dalam nibah yang sama), berdasarkan unjuran kos oleh Jabatan Veterinar.
Beliau menjawab hujah-hujah penyokong BN awal hari ini bahawa sasaran pengeluaran NFC sebanyak 60,000 telah dikurangkan kepada 8,000 mengikut sasaran pengeluaran yang disemak semula.
Ahli Parlimen Rembau yang juga ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, sasaran baru menggantikan sasaran lama yang ditetapkan dalam kertas dasar asal projek itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan